Bismillahirrahmanirrahim....
RAHMAT UJIAN~Mestica
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
~Pencari Kedamaian, Pencari Tuhan~
....b!L@ hAt! bErB!cAr@....
~~~~~~JEMARI BERCERITA MENGUNGKAP RASA PENUH SUKA DUKA
Selasa, 14 Mei 2013
Rabu, 23 Januari 2013
Hati menangis
Assalamualaikum semua.....
Alhamdulillah,diberi peluang lagi melakar di ruangan ini...Jam di komputer ni telah menunjukkan 1.42 pagi..Actually sedang menunggu kepulangan sayap kanan tersayang..Duduk bersama temannya menyiapkan sepanduk sempena Maulidurrasul yang akan berlangsung Ahad ni...sementara kepulangannya,meh nak share sket..
Mmmm...banyak ucapan "Salam Maulidurrasul" yang tertera kat FB sejak akhir-akhir ni..kat TV pun segar je rasa dengan kisah kekasih Allah ni...Subhanallah..masyhurnya baginda sampai sekarang masih diingati kita semua...
Tak tahu kenapa bila terdengar je kisah lelaki mulia itu,hati ni automatik tersentuh...macam rasa piluuu je..saat melakar bicara hati ni pun,terasa ada air keluar kat rongga bau ni..mata??dah pun bergenang..hmm..sejak ada TV Al-Hijrah siarkan qasidah-qasidah ni...rasa seronok sangat..bermula dari tahun lepas lagi..terutamanya rancangan kegemaran 'Dikir Zikir"...Allah hai...sejuuk hati dengar dendangan yang dihidang....Damainyaaa..
Oh ya,selalu kat dalam TV tanya,"apa yang anda akan lakukan jika Rasulullah kini ada bersama anda?".Hukhuk...kadang-kadang bayangkan jugak kalau soalan ni ditanya pada aku..apa aku nak jawab???Hmmm,tetiba terbayang kalau Rasulullah tu ada depan aku.....aku..akuu...hmm..mmm..aduh,(tetiba sebak)....Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad....Allahuakbar...
Kalau aku,aku nak larii..lari jauuh..Maafkan aku Ya Rasulullah ^,^ aku nak menyorok(agak-agak boleh ke?)^_^cumaaaa...nak tengok,intai dia dari jauh...tak tahu kenapa diri ni rasa tak layak la..terasa diri ni banyak dosa,malu dan..siapalah aku...??Allah,Allah....Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad...dalam hati berbisik..Ya Rasulullah,dah lama benar diri ni tertunggu-tunggu saat dan detik melihat wajahmu...melihat susuk tubuhmu adakah seperti mana yang diceritakan sejak aku dibangku sekolah lagi..nak lihat peribadi dan akhlakmu adakah mulia seperti yang pernah digembar-gemburkan dari dulu hingga kini...Subhanallah..perasaan apakah ini..???Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad...
Tak mampu..memang tak mampu..aku bukanlah dikalangan ummat yang terbaik buatmu Ya Rasulullah..tapi ketahuilah..kini aku sedang berusaha melaksanakan apa yang pernah dirimu laksanakan suatu tika dulu..walaupun cabaran yang dirimu terima jauh lebih hebat dari apa yang kuhadapi...melalui ilmu yang ada..daku kini berusaha kongsikannya bersama anak-anak juga insan lain...selagi hela nafas ini masih ada, yakinku takkan berhenti Ya Rasulullah...daku belajar tentang peribadimu..daku berusaha didik diri dan jiwaku yang keras ini agar lembut tetapi utuh sepertimu...siapalah aku!!siapalah aku!!!ku sedar betapa rendahnya diri ini..
Sungguh begitu, biar apa pun ujian...daku tetap berusaha untuk setia di jalan ini...jalan-jalan yang pasti penuh liku,namun kupercaya ada nikmat juga khabar gembira buat pendokong-pendokong jalanmu dalam mencari redha Allah..
Adakah kamu mendengar keluhan ku ini Ya Rasullullah..!!!!?Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad..
Doaku,agar didoakan olehmu semoga diri ini di beri kekuatan untuk terus istiqamah di jalanmu,jalan dakwahmu...dan....semoga suatu tika nanti diri hina ini dapat menatap wajahmu Ya Rasulullah....Allahuakbar....
Semoga di hari kelahiran mu ini,menyegarkan lagi cinta kami semua buatmu...segar cinta,segar amalan,segar dalam melaksanakan perubahan..bi iznillah...
Qasidah Burdah
Alhamdulillah, setakat ini je...Kalau sudi,sila tinggalkan komen anda k..Terima kasih^___^
Isnin, 14 Januari 2013
Ni tugasan seorang surirumah semalam,saja nak share....biasa2 je...ada yang lebih hebat n cargas dari aku ni.. Bangun pagi lepas subuh,
*siapkan sarapan En suami( Kopi Cappucino+roti sandwich)
*hantar suami gi kerja(sampai depan pintu rumah jee..hihi)
*panaskan air untuk Kak Long mandi untuk ke sekolah..sejuk oo..
*siapkan kaklong ke sekolah then sarapan untuk dia
*hantar kaklong ke sekolah
*balik rumah, sarapan roti sardin(sandwich)
*mandikan si abang uwais n adik
*bagi mereka sarapan
*basuh baju n sidai(2 round)manyak coz hujan bberapa hari ni..terkumpul la katekaaan..hihi
*mop rumah
*bersih kipas dalam bilik
*kejaap je da jam 11.15 ptg..time to je,put kaklong dari sekolah
*main dengan anak jap..bagi susu kat anak
*berjuang di dapur..kletung kletang memasak
*mandi n solat zuhur
*time to tunggu suami balik(ooh..perut da berkeroncong..)
*teman anak tengok tv,main n tidurkan mereka...(last2 aku terlelap sama..)
*terjaga dari tidur jam 3 lebih..aduhai,suami tak balik lagi...perut sabar ye perut..
*ngadap intenet jap,tetibe suami muncul di muka pintu...yeeeaAAaahAAaa... Alhamdulillah....tak buang masa terus ambil pinggan makan dengan si dia....
*siapkan sarapan En suami( Kopi Cappucino+roti sandwich)
*hantar suami gi kerja(sampai depan pintu rumah jee..hihi)
*panaskan air untuk Kak Long mandi untuk ke sekolah..sejuk oo..
*siapkan kaklong ke sekolah then sarapan untuk dia
*hantar kaklong ke sekolah
*balik rumah, sarapan roti sardin(sandwich)
*mandikan si abang uwais n adik
*bagi mereka sarapan
*basuh baju n sidai(2 round)manyak coz hujan bberapa hari ni..terkumpul la katekaaan..hihi
*mop rumah
*bersih kipas dalam bilik
*kejaap je da jam 11.15 ptg..time to je,put kaklong dari sekolah
*main dengan anak jap..bagi susu kat anak
*berjuang di dapur..kletung kletang memasak
*mandi n solat zuhur
*time to tunggu suami balik(ooh..perut da berkeroncong..)
*teman anak tengok tv,main n tidurkan mereka...(last2 aku terlelap sama..)
*terjaga dari tidur jam 3 lebih..aduhai,suami tak balik lagi...perut sabar ye perut..
*ngadap intenet jap,tetibe suami muncul di muka pintu...yeeeaAAaahAAaa... Alhamdulillah....tak buang masa terus ambil pinggan makan dengan si dia....
Sabtu, 12 Januari 2013
Bismillahirrahmanirrahiim...
Alhamdulillah,terasa diri ini lebih bersemangat selepas membaca ini =p
~::Mulianya bergelar SRT::~
Suri rumah tgga adalah satu bntk kerjaya yg begitu mulia. Wahai para
ibu yg sibuk di rumah, SENYUMLAH! Berbahagia n berbggalah, ucapkan
ALHAMDULILAH krna ternyata n terbukti kerjaya anda sgt benilai tggi bila
dibandingkan para wanita bkerjaya konvensional di mata dunia. Yakinlah,
bhwa anda jauh lbh bnilai n bgaji tggi di mata Allah Taala jika anda
niatkan khidmat anda semata2 ikhlas krna Allah SWT. Ajaklah hati utk
bmuhasabah. Jika bekerja di luar rumah mjanjikan ganjaran wang rggt pd
hujung bulan, maka bkerja di dlm rmh mjanjikan ganjaran pahala pd hr
pmbalasan, in shaa Allah. Wang rggt dpt dilihat dgn mata kasar tetapi
kepuasan n pahala hanya dpt dirasa oleh mata hati. Selagi ikhlas, selagi
itu anda akan berasa seronok dgn apa2 yg anda lakukan...Jika seorg
suami ingin mbayar gaji seorg isteri yg sggp tdk bkerja semata2 utk
mjadi SRT spenuh mase, berapakah agaknya nilai gaji yg paling layak utk
diberi ( tp sy tahu SRT semua mbuat kptsan dgn ikhlas bhenti kerja demi
kebajikan anak2,jika suami faham n bkemampuan n mberi kita duit belanja,
alhamdulilah) ~ : petikan dr majalah MIDI...
Tapi,bagi aku....untuk menjadi SRT yang "osem" bukanlah mudah seperti yang disangka...bukan hanya terperap dalam rumah, bergelumang dengan bawang,ikan,sayur dan sebagainya..(Hero di dapur la kunun).Bukan juga hanya asyik bersilat dengan aktiviti atau rutin harian mendidik juga melayan kerenah malaikat-malaikat kecil yang comel itu. Daaan bukan juga yang hanya bijak bestari melayan kehendak Sang Raja yang bijaksana(suami la tu..hihihi..sorry bii..)
Yang lebih "osem" itu adalah SRT yang mampu melaksanakan lebih dari segala yang tersebut di atas..
Apakah dia??
1) Yess...Mantapkan ilmu dalam erti kata lain belajar atau menuntut ilmu terus-terusan.
:ilmu rumahtangga :ilmu mendidik anak :ilmu memasak :ilmu kemasyarakatan
:ilmu Agama
:dan macam-macam ilmu lagi
Dengan cara bagaimana?
Tengok siaran yang boleh meningkatkan motivasi diri, tidak lepaskan peluang untuk menghadiri program-program ilmu, kuliyah-kuliyah atau apa sahaja program yang boleh kukuhkan iman serta ketaqwaan kita..jika ada,
Hiburan?? No no no...usaha elakkan sedikit demi sedikit...
2) Amalkan ilmu yang diperolehi dan yang tak ketinggalan pentingnya adalah berkongsi ilmu atau mengajarkan kepada yang lain..
Kepada siapa??
Ya, kepada insan-insan di luar sana yang masih haus dek kerana dahaga ilmu Allah SWT..
Teringat akan pesanan pensyarah aku dulu..
"Nadjah duduk rumah jangan duduk sesaja..kene pergi ke luar juga sebarkan ilmu apa yang patut..."
:( diri ini sungguh terkesan dengan kata-kata tersebut...
Allahuakbar, aku akan cuba...bi iznillah..^,^ Bantu aku Ya Allah...
Alhamdulillah, setakat ini je...
p/s:Kalau sudi,sila tinggalkan komen anda k..Terima kasih^___^
Langgan:
Catatan (Atom)