Sabtu, 6 Februari 2010

**BERSABARLAH TEMAN**

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Semalam aku berkunjung ke laman blog seorang teman lama..Waaah, sangat terharu dan tumpang gembira bila mengetahui dia kini bakal bergelar ibu. Tahniah kawan! Tapi bila bacaan aku terhadap n3 itu diteruskan, aku dapati ada masalah pd kandungannya…terus aku menghantar system pesanan ringkas bertanya khabar n ucap tahniah pd nya..sebenarnya nom phone dia telah hilang dr phonebook aku..aku pn confius mcmana bleh hilang…tp aku xbuang ms n trus minta nom phone nya pd teman yang lain…Alhamdulillah, dia berjaya aku hubungi walaupun mesej aku lambat di reply…
Tapi pelik benar khabar dr nya, kerana dia meminta aku membaca blog temannya yang lain...mm..knape ek…aku kenal temannya itu tp tidaklah semesra mana…tp dr mesej yg aku terima, dia seakan-akan sedih kerana temannya itu dimasukkan ke hospital…bila tau begitu, tak sabar pula rs nya nak bc blog temannya itu..kenapa??mengapa dia dimasukkan ke hospital??tp tu la…time tu aku sibuk sket melayan kerenah permata sulungku dan tak dapat nak online…

Keesokan pg nya, lepas tidurkan nasuha..aku terus ke bolg yg dimaksudkan…br kutahu kisah teman kpd temanku itu. Dia dimasukkan ke hospital kerana penyakit yg dihidapinya.Sume org tahu penyakit cancer kan?ha, itulah yg dihadapinya…
Sayu plak bila tahu ada teman yg kita kenal sedang berperang dgn azab penyakit berbahaya..Terfikir sejenak, sedang kita disini bergelak ketawa, bersuka ria, bergurau mesra..di sana pula ada insan2 yg sedang bersedih menanggung derita..aku cuba bayangkan berada di tempat dia..Hmmmph, kuatkah aku? Mampukah aku? Dapatkah aku hadapinya dgn redha dan tabah? Aku dapat rasakan, walau sejauh mana positifnya mindaku terhadaap apa yg dihadapi, selebar mana senyuman yang di lemparkan, jauh di sudut hati pasti ada sekelumit rasa yg mungkin sukar untuk dikongsi bersama insan lain. Hanya Allah Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa yg mengetahuinya.. Aaahh, makin buat aku rs terharu pd si dia yg menggalas beban ini..

Teringat plak time di kolej dl, bila aku sedih, susah hati atau dilanda masalah..aku suke sgt dgr lagu dr Kumpulan Mestika [Rahmat Ujian]…Lagu ni mcm bg kekuatan utk aku agar lebih yakin bahawa setiap dugaan yg datang ni adalah kehendakNya dan pasti ada tujuan tertentu yg kita sendiri tak pasti. Yang paling buat aku tersentuh bilamana bait lg ni dia kata….”Allah rindu mendengarkan, rintihanmu berpanjangan, bersabarlah dan tabahlah, menghadapinya….bla..bla..blaa…” Time ni br tringat…”mungkin da lama aku xbermunajat pd Nya”…huhuhu…sedih, pilu dan takut pun ada…

Pada temanku…moga dirimu tabah. Bersyukurlah dgn apa yg kau terima ini kerana inilah salah satu tanda kau dikasihiNya. Betul katamu, Allah tahu yg dirimu sebagai hambaNya mampu menanggung beban ini, kerana itu lah kau diuji.. Semoga cepat sembuh….

Sesungguhnya Allah jualah yang mengetahui segala sesuatu dilangit dan dibumi..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan