Jumaat, 25 Mac 2011

Kematian Itu Pasti




Kematian adalah sesuatu yang pasti.... Tua muda, kecil besar bukan penentunya... penentunya yang haq adalah milik          Allahu Subhanahu Wata'ala...

Jumaat minggu lepas (18 Mac 2011,jam >< 9 pagi), sedang menikmati minum pagi + borak2 di meja makan, aku dan suami dikejutkan dengan 1 berita yang sungguh tak di duga.. kematian bekas pelajarku(ketika aku mjadi guru sandaran 2008) dan pelajar suamiku kini...Rossila Binti Sahie... Berita ini kami terima dari salah seorang ustazah di tempat abi(suamiku) mengajar...Ya Allah,berdegup kencang jantung ini...

Time ni, nak buat apa2 pun aku asyik terbayang saje wajah arwah walaupun setelah 2 tahun aku xmngajar di SMK Bekenu...bukan samar2, tapi sangat2 jelas bentuk wajahnya.... Kadangkala aku terfikir, kenapa aku sedih sangat ni?? kenapa terasa sangat kehilangan dia??aku bukan rapat sangat pun dengan dia, sekadar mengajar Pendidikan Islam, itupun 4 tahun lepas... Lepas fikir punya fikir, kenang punya kenang..oh yaaa..kerana kita bsaudara..paling utama kerana dia seorang budak yang sangat baik di mata aku...mungkin bukan aku shj...di mata orang lain juga...pendiam xbanyak bicara, lembut santun budinya... bijak jua akedemiknya...pendek kata dialah antara yang terbaik sunguh pun tidak begitu menonjol personalitinya..Hmm,bila lihat..sejuk mata memandang...Tidak mengapa, Allah lebih mengasihimu..aku cuba mententeramkan jiwa.
 
Sebenarnya pagi tersebut kami sekeluarga bcadang untuk ke Sibu menziarahi sahabat2 abi..kononnya lepas minum pagi nak bertolak. Namun,setelah berita kematian ini kami terima, perasaan berbelah bagi mula terasa. Yang di sana sudah berjanji, yang di sini ada kematian...Mana satu yang perlu di utamakan...?? Tiba2 aku teringat sesuatu...pernah satu tika dulu aku terbaca sesuatu..Maaf kerana aku x ingat dari mana aku terbaca..sama ada hadith atau mana2 artikel..huuuhuuuu...Persoalan tentang mana 1 yang perlu kita ziarahi, kematian atau kenduri kahwin....jawapannya adalah KEMATIAN...aku teringat akan ini kerana dulu aku pernah berteka teki dengan abiuji minda suami:) kerana apa kematian??kerana ia akan kembali mengingatkan kita dengan hari kematian kita,tentang Allah, syurga dan neraka...Manakala kenduri kahwin pula menarik kita untuk lebih gembira n mengingati dunia...maka,mziarahi kematian adalah yang paling tepat utk di dahulukan...Justeru itu, ziarah lah kami sekeluarga ke rumah jenazah..Alhamdulillah..

Tiba di rumah arwah, dikhabarkan bahawa jenazah masih lagi di Miri dalam proses mandi, kafan n solat jenazah.. Jenazah akan terus ke tanah perkuburan (Kuala Sibuti)..Tak lama di rumah itu, semua orang bergegas hendak ke kubur kerana diberitakan bahawa jenazah sedang dalam perjalan ke Kuala Sibuti.. Aku berbincang bsama suami sama ada untuk terus ke kubur atau mengambil puteraku di rumah tlebih dahulu. Oh, puteraku xboleh ditinggalkan kerana dia masih menyusu badan. Jadi, pulanglah aku dengan menumpangkan 4 orang pelajar(teman2 Allahyarham). Setelah itu kami terus ke tanah perkuburan.

Ingin aku peringatkan diri ku juga yang akan atau hendak menziarahi orang sakit mahupun orang yang meninggal dunia, jagalah adab2 yang sepatutnya di jaga...Pakailah pakaian sopan n mjaga tutur kata...Kewajipan lain sebagai hamba Allah jangan di ambil enteng dengan alasan hanya melawat orang sakit...Maksudku, sebagai contoh...walaupun di mana-mana shj kita mziarahi orang sakit, orang meninggal mahupun ke tanah perkuburan, jika sudah masuk waktu solat, solatlah terlebih dahulu...bila di kuburan pula, elakkan dari memijak atau duduk2 di kubur orang...homatilah kubur 2 yang ada..Lagi bagus jika kita tolong doakan ahli kubur tsebut atau mbersihkan kubur2 yang telah semak..InsyaAllah, ada ganjaran untuk kita...peringatan buat aku terutamanya!!

Di sini aku sertakan beberapa keping gambar yang sempat di 'snap' sbg tatapan buat sesiapa yang mungkin xberkesempatan melawat jenazah tempoh hari. Moga ini juga akan sentiasa mengingatkan kita tentang hari kematian kita pula..hmm,ada juga tdetik dalam hati......mcm ni lah agaknya kalau aku mati nanti...hukhuk....perasaan takut mula menerpa,kerana apa takut??? Kerana blm bsedialah jawapannya... nanti itu bila???? Moga kita sentiasa mengingatkan diri kita agar bersedialah dr sekarang!!peringatan buat aku terutamanaya!!
 
Suasana suram di tanah perkuburan.
Antara yang hadir menziarahi jenazah, penghormatan terakhir buat Adik Rossila.

Bacaan talkin oleh Ustaz Ashraf

Pengalaman pertama buatku ke tanah perkuburan menaiki bot



Anak ini akan ku fahamkan lebih lagi tentang kematian..
Bi iznillah..

Moga sama2 kita mengerti bahawa kita jua akan pergi suatu hari nanti.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan