Memaparkan catatan dengan label Cerita Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Keluarga. Papar semua catatan

Isnin, 14 Januari 2013

Ni tugasan seorang surirumah semalam,saja nak share....biasa2 je...ada yang lebih hebat n cargas dari aku ni.. Bangun pagi lepas subuh,

*siapkan sarapan En suami( Kopi Cappucino+roti sandwich)
*hantar suami gi kerja(sampai depan pintu rumah jee..hihi)
*panaskan air untuk Kak Long mandi untuk ke sekolah..sejuk oo..
*siapkan kaklong ke sekolah then sarapan untuk dia
*hantar kaklong ke sekolah
*balik rumah, sarapan roti sardin(sandwich)
*mandikan si abang uwais n adik
*bagi mereka sarapan
*basuh baju n sidai(2 round)manyak coz hujan bberapa hari ni..terkumpul la katekaaan..hihi
*mop rumah
*bersih kipas dalam bilik
*kejaap je da jam 11.15 ptg..time to je,put kaklong dari sekolah
*main dengan anak jap..bagi susu kat anak
*berjuang di dapur..kletung kletang memasak
*mandi n solat zuhur
*time to tunggu suami balik(ooh..perut da berkeroncong..)
*teman anak tengok tv,main n tidurkan mereka...(last2 aku terlelap sama..)
*terjaga dari tidur jam 3 lebih..aduhai,suami tak balik lagi...perut sabar ye perut..
*ngadap intenet jap,tetibe suami muncul di muka pintu...yeeeaAAaahAAaa... Alhamdulillah....tak buang masa terus ambil pinggan makan dengan si dia....

Ahad, 13 Mei 2012

My 1st Baby Sling

Bismillahirrahmanirrahim...

Wah,kali ni nak story tentang my 1st baby sling boleh? Memandangkan 'Urwah AzZubair makin semangat berat badannya(1 bulan=5.7 kg, lani da 2 bulan tak tahu berapa berat dia)lenguh juga la kalau dukung je. Jadi, aku mencari alternatif macam mana nak memudahkan aku mengendongnya tatkala berfoya-foya di mall..Bukan apa, ni semua bertujuan memudahkan urusan Urwah untuk lena tatkala ummi,abi,wan,kak long dan abang uwais cuci mata di mall..

tan taraaa..teruja betul time ni..
 Ring sling tu puas suami bawa aku round kat bandar Miri. Tak jumpa-jumpa pun.Last-last aku order dari intenet je.RM 30 termasuk pos. Kain tu aku beli kat kedai apek di Miri 2 meter suku..Mmm tak sampai 20 hengget...jahit tepi free coz mak mertua tersayang yang jahitkan..hihi..Tq n luv u mak..Nak beli baby sling kat kedai tak mampu, so beli kain buat sendiri je la..ok what..jimat..

'Urwah sedang menyusu..


Alhamdulillah la, tiada halangan. Urwah still boleh menyusu walau di tempat ramai orang..Ummi pun tak la lenguh tangan sangat..siap boleh capai-capai dan pilih-pilih barang lagi..Tau tak, breastfeed is the best thing in my life...Alhamdulillah...Moga tiap susu yang mengalir itu penuh barokah dan rahmat dariNYA...




Alhamdulillah, setakat ini je...Kalau sudi,sila tinggalkan komen anda k..Terima kasih^___^

Rabu, 15 Februari 2012

Abi Borek,Nasuha Rintik??

Teringin nak post 1 aktiviti ni....Nasuha n abinya di suatu hari waktu cuti...


Khusyuk bebeno nampaknya si bapa n anaknya ni kan...

Ummi snap gambar, dua2 buat deeeek je....

Apa2 pun, inilah dia INSAN KESAYANGAN BETA!!!

Khamis, 2 Februari 2012

Anakku ke Sekolah

Ni la gambar2 yg sempat ummi snap sbg kenang-kenangan hari pertama Kak Long ke sekolah....

Ini Minnie....Welcome Kak Long..
                                               

Sebelum masuk kelas.....sempat posing...

1st day Kak Long tiba di sekolah....ceria walaupun xsihat kerana demam..cian anak ummi..

Tapi bila da masuk kelas,huhu....hujaaan..."nak ummiiiiiii........." Allahuakbar....
Ummi hadiahkan Kak Long Badge sbg teman n kawan Kak Long di sekolah..Nama dia "Nur Solehah".. Kak Long mesti bsemangat n ceria mcm "nur Solehah". Ummi kata..ingat "Nur Solehah,ingat ummi ada dgn Kak Long.....
Bila abi cuti, abi turun padang jemput Kak Long...Happy nya dia sampai tggalkan ummi n Abg Uwwais kat belakang..
Dengan kawan n Abg Uwais dlm rumah mini...sebelum balik, main dulu..anak oh anak..

Kak Long Nasuha n tudung yang ummi jahitkan...cantik tak?hihihhii.......



"Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan anakku ini anak yang solehah..sentiasa bersemangat menimba ilmu n cintakan ilmu milik Mu..Jauhkan anakku ini dari ilmu yang tidak bmanfaat, Berikan daku kekuatan,kemahiran juga kesabaran dalam mdidik dan mbesarkan AMANAH MU ini...Amiin Ya Rabb..."

Sabtu, 14 Januari 2012

Terbaru Dari Hati

Allahuakbar..akhirnya terjengah jg aku di blog ni...Sejak balik dr semenanjung(bcuti) hari tu, 2 org permata hati terus diserang demam n penyakit seangkatannya...ada demam,maka ada jg lah batuk n selsemanya..Tau2 je lah kalau anak kecik demam..kalau Kak Long ok lg, tp Abg Uwais..waaa,very adventure...xtido malam dbuatnya..mujur ada yg mbantu..Abi n Wan...syukran jiddan..(apa yg pnting..??kejeee same)

Abg Uwais lihatnya btambah kurus...bila batuk,xsampai hati nak lihat sesaknya dia mnarik nafas..maklumla,batuk bkahak..Kak Long pulak, 1st day gi sekolah kemain excited tp bila da sampai kelas,mgkn suasana bbeza,nangeees la pulak....ok,xpe sayang..take ur time...ummi fhm,normal la tu....moga anak ummi seronok n cintakan sekolah juga ilmu suatu hari nanti.....

Rabu, 23 November 2011

Si Dia Akan ke Sekolah???

Bismillahirrahmanirrahim...

Pejam celik-pejam celik thn depan My Big Kak Long dah pun berusia 4 thn..(kalo ikut bulan lahir,3 tahun 3 bulan pada Jan 2012) Alhamdulillah, impian Kak Long utk ke sekolah tahun hadapan terlaksana..INSYAALLAH....

Pagi tu (Jumaat minggu lepas), abi xjaga exam..so ummi abi kene hantar Kak Long untuk pendaftaran murid2 PraSekolah utk tahun hadapan spt mana tarikh yang tcatat dlm surat pberitahuan yg abi terima..Jam 5 pg lepas ummi abi solat, mbaca ma'thurat n surah Ad-Dukhan, ummi bgegas gosok baju Kak Long n ummi...Then trus gi buat sarapan(cekodok je)..Abi pulak dalam diam dah siap pun kejut n mandikan Kak Long lbh kurang jam 6 suku pg..TQ soo much abi..apa yg penting????"kejeee sama"...Cian Kak Long ksejukan sambil tbersin2...Kak Long senang je bangun coz dr malam lg ummi abi dah maklumkan bahawa Kak Long kne bgun awal utk ke sekolah esok hari...so, bgun pun senyap2 je tanpa pngetahuan ummi..Mgkin dia pun dah set dlm mind dia kne bangun awal...Taceh sayang...Ummi senang dengan kamu...


Jam 7.15 pg, kami pun btolak menuju ke Sekolah Kebangsaan Bekenu, di mana Kak Long akn menuntut ilmu tahun hadapan....Kak Long soo excited!!!Ummi plak briya...Abi still cool je...Ummi beriya coz ini adalah pngalaman ptama ummi hantar ank ke sekolah...Selalu tgok org je sibuk hantar ank ke sekolah pepagi..Lani Ummi plak akn alami semua itu..


Tahun hadapan akn bmula satu khidupan atau tentatif baru buat kami sekeluarga...Mungkin lbh sibuk n aktif dari tahun2 sebelum ni...Ye la, Kak Long dah ke sekolah..ummi kne lbh cergas lagi..Sediakan sarapan Kak Long di pg hari, mhantar n menjemput Kak Long pulang dari sekolah, check akedemik Kak Long dan lain2..dalam masa yg sama harus urus sorang lagi hero di rumah, xlupa jg mngurus diri yg makin sarat tahun hadapan...Semoga Allah kurniakan kekuatan, ketabahan pd ummi....Bantulah kami Ya Allah^,^



Selasa, 15 November 2011

GoToNg-rOyoNg

Entry kali ni tringin pula nak post xtvt kami anak-branak pada cuti hujung mggu yang telah sudah baru2 ni...Buat pertama kalinya sejak berbadan dua ni aku join suami basuh kereta..Tapi kali ni, aku gagahi juga demi mcipta saat2 ceria gembira bsama anak-anak..

Abi lihatnya agak tkejut jg coz ummi da tukar uniform..hihi..Tanpa membuang masa,aku ajak abi segera turun coz kereta parking kat bawah rumah..Tepat jam 9.45pg,aku bawak anak2 turun dulu menanti abi yang siap sedia menyediakan perkakas membasuh kereta..Saat ni,terpancar wajah excited anak2..mana tak nya dapat keluar rumah n inilah peluang mereka bermain,bersuka ria sambil belajar..Inilah yang aku harapkan sebenarnya...

Sebenarnya sangat banyak kebaikan apabila melakukan xtvt bersama keluarga..Anak2 sungguhpun baru berusia 1 tahun,2 tahun,3 tahun...sudah pandai menilai apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka. Malah minda n otak mereka lebih cepat terangsang melalui xtvt seharian kerana saat ini kognitif mereka sedang berkembang.. Sebagai ummi,aku berusaha melakukan apa sahaja yang boleh mempertingkatkan perkembangan di sepanjang tumbesaran mereka kerana mereka bukan milikku tetapi aMaNah AllaH SWT yang harus ku jaga dan didik sebaik mungkin...Aku percaya ramai ibu bapa menyedarinya malah lebih kreatif dari aku...

Bicara tentang kebaikan xtvt bersama ini, ianya bukanlah setakat membasuh kereta bersama2 sahaja. Antara lainnya yang boleh dilakukan bersama ialah:

1) Solat secara berjemaah bersama anak2(ibubapa/suami isteri harus mulakan dahulu, anak2 melihat dan insyaAllah akan menurutinya selepas itu)

2) Makan bersama. Acapkali kita ajar anak kita jangan bercakap semasa makan tapi bagi aku, di meja makanlah banyak cerita atau ilmu tidak langsung diajar pada anak..Contohnya tentang adab semasa makan(tp Kak Long still xboleh duduk diam sms makan..goyang sana sini,panjat tepi kerusi n kadang2 nk berjalan+makan+tengok tv), cerita tentang berkongsi makanan itu sangat seronok n sebagainya).Usah dimarahi mereka di meja makan kerana ditakuti hilang selera makannya dan hilang gembiranya.

3) Main,berjenaka,geletek,main sorok2 dgn anak2...Sesuai dengan fitrah anak2 sukakan permainan dan bermain..

4) Bersukan/riadah bersama..Tapi yang ni aku dah jarang lakukan bersama anak2 coz lani dah mula terasa badan agak berat n cepat penat+mengah..Juz main tendang2 bola dalam rumah je ngan mereka...hihihi...

5) Bawa anak2 bersiar-siar/berkelah/bercuti..Ini menimbulkan 1 kelainan n keseronokkan mereka. Dalam perjalanan jangan lupa tunjukkan mereka tentang kekuasaan Allah SWT melalui ciptaanNya yang ada di sana sini..Contohnya awan yang putih,pokok yang bergoyang,laut yang biru dan sebagainya.

Yang tersebut di atas adalah antara yang boleh walaupun sebenarnya banyak lagi xtvt lain yang bermanfaat..

Uuupsss,jgn dilupa!!!
Setiap apa yang anak lakukan, jangan lupa berikan pujian. Jika kita hulurkan dengan kata2 pujian n galakan ianya memberi kesan mendalam terhadap psikologi mereka. Aku dapat lihat kesannya di mata juga riak wajah kesayangan aku yang dua orang ni...Bila mereka CeR!a, aku GeMb!Ra...itu yang penting...Andai mereka lakukan kesalahan, jangan pula dibiarkan sahaja TETAPI harus diterangkan kesalahan mereka itu..Mereka faham atau tidak, itu tidak mengapa..Jangan berputus asa..Biarpun kita dah explain banyak kali..Bak kata Dr Fadhilah Kamsah..harus diterangkan, diingatkan anak2 ini tentang sesuatu perkara lebih dari 200 kali...Don't GIVE UP dalam mendidik anak2 k...terutamanya utk aku(",)hihi

Okla,xnk celoteh panjang..ni nak share bberapa photo yang sempat aku snap time kejadian GOTONG-ROYONG MENCUCI KERETA ABI baru2 ini...
BerKuMpuL d! bAwah rUmah MeNant! kEhaD!raN aBi

WaH!!aBi Dah sAmpA!

XTVT mEmbAsUh kEreTa BerMuLa

n! s!raM kErEta Ke MaIn aiR??


Abi LeTaK BaLL dePaN n BeLakAng Uwa!s




  









  

 
 





  

 




 




Rabu, 6 Julai 2011

Virus Selsema

Allahuakbar..!!Kasihan puteri n puteraku..Nasuha 'Irdhina n Uwais Al-Qarni...kalian diserang virus selsema..Dah bberapa hari Kak Long selsema,xjuga nampak tanda2 utk sembuh..Petang semalam, adik Uwais pula dijangkiti selsema..aduh!!serba xkene aku dbuatnya...merengek xselesa..kasihan dia...Yang Kak Longnya boleh tahan lagi, mgkin dia faham yg dia harus bsabar diuji dengan penyakit ini..Semangat bermain pula xkalah walaupun masih xsihat (selsema+batuk)..

Yang lebih dikasihani adlah Uwais coz masih xmengerti apa2..sabar ye nak..Kita semua sedang diuji..bukan Uwais n Kak Long je Allah uji,malah seisi rumah kita..Ummi, abi n wan turut Allah uji..bila kalian xlena di malam hari, kami jg xlena dbuatnya..Malam td, kita tidur tak tutup lampu pun..Bukan apa, ummi risau lihat keadaan ank2 jika tidur suasana malap@gelap spt selalu..Almaklumlah, bila selsema ni, hidung tsumbat..takut2 nanti tertindih bantal ke, ape ke...lain pula jd nya..Bila terang, senang Ummi nak awasi n perhatikan kalian..Mujurlah Ummi ni xkeje, ble la jg kalian spanjang malam tanpa mlibatkan abi melainkan terpaksa..Kalau ummi kerja, da pasti bangun pagi terhuyung-hayang..

Apapun anak2 ummi,ummi doakan kalian cepat sembuh..ummi xkan mngeluh sdikit pun kerana mjaga kalian ini adalah nikmat n ibadah..

Hakikatnya,
ALLAH SWT SEDANG MENGUJI KITA....

Jumaat, 8 April 2011

Alhamdulillah..Mereka makin membesar..

Da hampir 2 minggu lebih Uwais tak berapa sihat..demam, batuk n selsema. Sekarang juz tinggal selsema n batuk je...risau jg kalau da 2 minggu tak elok2 ni..Merengek xselesa coz hingus asyik meleleh..Orang besar pun ble rimas,inikan pula baby,kan? Namun kesusahan hati ni Allah raikan sedikit dengan bunga2 riang..kerana apa?keranaaa...Uwais da boleh jalaaan..Alhamdulillah...rupa2nya tak sihat selama ni mungkin coz nak pandai jalan kooot...nak besar la kate orang..Mmm,tapi baru dapat jalan sikit2 je...masih belajar untuk seimbangkan badan lagi..takpe sayang,ummi tunggu dan teeeerus menunggu agar anak ummi dapat blari n melompat pula...:) Fitrah bagi ibubapa,bila anak pandai buat sesuatu atau berkembang mental n fizikalnya setiap hari pasti akan rasa bahagia..Aku juga tak ketinggalan akan perasan seperti itu.. Nikmat seronok yang sukar diungkap....

Kak Long pulak?Hari tu pun demam n sakit mata. Air mata mleleh dengan sendiri n hari demi hari btahi mata pula..Bawak jumpa dokter, katanya ada infection. Biasala budak2, gosok2 mata dalam keadaan tangan yang tak bersih..Haaisshh,macam2 kan?? Ada lagi satu berita yang saaangat buat aku rasa anakku ini makin mbesar akalnya...Haa,lani Kak Long Nasuha da tak pakai pampers duduk rumah..Cuma nak tido n pergi jalan2 masih pakai lagi la...Nak buang air kecil n besar dah pandai dalam bilik air....Uuuiiihh...Macam2 cara nak melatih anak2 supaya bhenti memakai pampers ni kan..? Hihi...kene bagi umpan la,pujuk la,macam2 lagi la...Walaupun masih menggunakan pampers pada masa2 tertentu.xmengapa ank ummi.. ummi akan teetap mnunggu n melatih anak ummi ni agar terus melupakan pampers k..

InsyaAllah,aku akan terus didik n ajarkan apa yang terbaik buat amanah Allah ini...Moga Allah  mengurniakan ilmu,kfahaman mdalam serta kmahiran dalam mdidik anak2 ini buat diri yang dhaif ini...

Ok,kita jumpa lagiiii.......

Ahad, 27 Mac 2011

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU

09102009:Genaplah anak ummi n abi 1 tahun....buat pertama kalinya nasuha menyambut hari lahir. TAHNIAH anak ummiabi, dah makin membesar dah dia...

Alhamdulillah,SYUKUR yang tak terhingga ummi panjatkan kehadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk memiliki cahaya mata yang sangat comel, kletah dan petah(walaupun hanya dimata kami)....Dengan izin Allah, ummiabi akan berusaha mendidik, mengasuh dan memimpin Nasuha ke arah yang terbaik sepertimana yang dituntut oleh Nya..(samalah impian seperti ibubapa yang lain)...Harapan serta disetiap doa ummi, moga Nasuha (dan anak2 ummi nanti) menjadi anak yang soleh solehah serta mampu untuk membantu agama Allah SWT suatu hari nanti....Moga doa ummi dimakbul olehnya....aamiiin....

Ummiabi berbincang: Genap umur nasuha 1 tahun, ummiabi nak pakaikan nasuha tudung bila keluar rumah....terutama bila keluar ke Bandar Miri...ummiabi xpaksa nasuha, cuma nak biasakan saja...pakailah walaupun hanya seketika...alhamdulillah..impian kami terlaksana. Nasuha pun sekarang dah pandai,bila nak kluar je,dia akan cari tudung sendiri....kadang2 xpercaya,tapi itulah anak kecilku...bila nasuha xselesa atau panas, dia mesti nak bukak tudung.....xpe, ummiabi xkisah..bukaklah anakku...telah ummi katekan,kami tidak memaksa, hanya ingin membiasakan.ummi takut bila dipaksa, nanti langsung nasuha xmoh pakai tudung langsung....:(

Keluargaku Diuji

Bismillah....
Benarlah kata orang, bila seorang sakit...sume sakit...bermula dengan Kak Long..Isnin minggu lepas hantar ke klinik coz mata Kak Long berair..kadang2 air kat mata dia mleleh mcm org menangis..pastu selsema plak tu..sian Kak Long...Dokter kasi ubat n kata mata dia ada infection....abi pulak nampaknya mcm batuk...sakit tekak mungkin..tambah pula sakit2 badan..kesian abi,penat keje banyak..

2 hari lepas hantar Kak Long ke klinik, aku mula rasa tekak ni periit je,badan da rasa semacam....Pagi tu bangun solat subuh, rasa badan ni semacam je..urat badan rasa tegang, lesu n lemah.Kepala ni beraaat sangat2..aku bgtau mak nak pi urut badan, mak kata biar mak je yang urutkan..TERIMA KASIH ibu mertuaku..saaayang mak!!!Mmmm, maafla nak habaq, aku xmandi pun pg tu..xtau nape mcm xble nk sentuh air...rasa macam bisa2..bila abang balik, abang tanya xsihat ke...aku pun xtau nak jawab apa...ntahla,aku ni xreti nak habaq kat orang yang aku ni sakit ke ape..bila da tak tahan, baru bgtau..ini la pesen aku dari dulu..bila abang suh mandi, aku pun mandila petang tu(sblum maghrib)..walaupun berat hati ni...bila mandi, Allah!!MENGIGIL aku...malam tu sah, AKU DEMAM!!oh,aku demam!!huhuhu...malam tu berselimut ,bstokin n berbaju sejuklah aku...malam tu jugak la terunaku Uwais Al-Qarni xlena tidur..mereeeengek je..badan dia panas,selsema tu konfem ada la..kejap2 tengah malam dia tjaga, menangis.mungkin xselesa...aduhh...malam Khamis tu aku ngan mak tak lena tidur coz jaga Uwais..dahla aku pun xsihat...Allaaaahu Akbar!! tak tau nak kata apa..tapi apa nak buat...ni la tugas sebagai ibu..sakit ke, hape ke..anak still no 1...

Kak Long dijaga oleh abinya dalam bilik..aku ngan mak tidur diruang tamu bsama Uwais...Memang xnak kacau abi coz besok abi kerja..kesian, nanti xcukup tidur n xble kerja pulak...Keesokan harinya, lepas solat Jumaat kami ke bandar hantar Uwais ke klinik...

Sampai hari ini, tekak masih lagi sakit n batuk2..malam2 susah nak tidur coz asyik batuk..suara hilang...Kak Long nampaknya da makin pulih...Uwais da xdemam cuma selsema saja..abi ok ja nampaknya...

Kadang2 bila bila Uwais nangis, aku cakap kat Uwais.."Sabarlah Uwais, Allah yang bg kita sakit..seebab Allah sayang kat kitaa...." Walaupun aku tahu anakku ini xfaham n masih belum mengerti..Dekat Kak Long pun aku cakap macam tu...

Ahad, 24 Januari 2010

Letihnyaaa....

Bismillahirrahmanirrahiim...

Kami skeluarga br shj pulang dr Bandar Miri...Huh,letihnyaa mak aih...Dr jam 9 lebih pg sampai la 4.45 ptg br sampai rumah...huh,biasalaa...kalau bab2 berjalan nii....abi adlh org yg paling 'thn'...hihi...tp kami pi Miri tu pun bkn pi sj2,pegi dgn tujuan...bli barang2 keperluan rumah dan peribadi...Almaklumlaah,da ujung2 bln ni kaaan...larat x larat nak berjalan di tgh terik panas, itu tolak belakang...yg penting dpt jalan...hahaha.....:)

Pg2 sampai kt Miri kami pekene mee goreng mamak dl!hihi...tu yg ada power nak round satu Miri. Mak n Nasuha mkn roti canai...pastu kami trus kan pjalanan dr 1 tempat ke 1 tempat..untuk ape?utk servay n bli barang la...Pendek kate, penuh la bonet belakang BGM 746 tu:)Alhamdulillah,nasib baik si kenit aku xbyk kerenah..perjalanan pun lancar...taceh anak ummiiiii....i le biyuuu..:)

Ni nak pi solat jap, pastu nk bwk si kenit Nasuha pi jln2 kat area kuaters ni..hihi...biar dia main n jalan bsiar2 sampai penat...malam kang bleh tidur awal n lena...maklumlaaa...siang da penaaat....dapatla abi buat keje..ummi bleh teman kan abi sambil mentenet...>,<

ok...daaaa...see you...

aku yg letih..

Sabtu, 9 Januari 2010

ALZA atau EXORA???!!

BISMILLAH...

Hari ni tak tau la kali ke berapa kami sekeluarga ulang alik ke kedai kedai kereta Produa n Proton...yg pastinya dah lbh dr 5 atau 6 buah kedai..ni gara2 abi cadang nk bli kreta...ALZA atau EXORA???Pening kpl jg dibuatnya..

Kami mcm slesa dgn Exora sbb dia besar,luas n slesa taaaapii...dgr crita minyak ble thn pakainya n lg mahal dr Alza...Tp bila dah test drive Alza,mmg slesa lg dr Exora...tp tula, kocik la pulak..maklumlaaa, kluarga kami ni rajin travel.Bila travel, barang2 yg dbawa pula xkurang banyaknya....penuh kreta...haa....bila dah penuh barang dlm kreta, abi la org yg paling pening nak nyusun spy muat n slesa. kalo taaak....'semak mata' kt nyaaa...:>

Bg aku n mak?biase laa,org pompuan...mcm2 nak di bawa kalo bcuti...nak pi tido hotel pun nk bawa pinggan mangkuk,sudu,cawan dll..kalo boleh,rice cooker pn nk bawak...hahaa...klakau....:)Betul2 complicated kan?maklumlaa...jalan jauh...lapar2 dlm hotel bleh panaskan lauk kooot....:)

Apa2 puun, kt tggu je laaaa....Mgkn perlu istikharah jg koot...xpelah, tggu n lihat sj lah...ntah2, balik semenanjung nanti br dpt bli....

Selasa, 28 Julai 2009

HADIAH DARI KAMI....

Assalamu’alaikum wbt..

Mmm…smlm 3 july 2009, umi&abi wat suprised utk wan. umi&abi gi miri, konon nak gi tabung haji bank in duit…hehehe…tapi sbnrnya nak blikan wan present! Tapi nasuha tak dapat ikut sbb hari hujan. so, ini satu peluang utk umi&abi buat pilihan hadiah dgn lebih selesa. Nak tau hadiah apa? Jeng, Jeng, Jeng…..M.E.S.I.N.J.A.H.I.T! Umi&abi bukannya apa, kesian tengok wan…dulu wan suka m’jahit. Tp semenjak duduk di Miri, wan tak dpt nak m’jahit, mesin jahit takde…ksian wan.:( Atas sbb itulah umi&abi t’fikir nak belikan wan mesin jahit. Umi&abi tong2 la duit beli, abi nak bli guna duit sndri tak dpt la…abi dah sengkek…hehehe…
Mula2 masuk ke kedai umi&abi dah teruja melihat pelbagai model mesin jahit. Waaaaahhh…yg mana nak beli ek??? Yg ini mcm menarik, yg tu plak mcm best…waduh2…kok peeeening kpala! Dlm dok pilih2 tu, tetibe plak dtg org kmpg selanyau…satu family. Mereka ni mmg dah dikenali di Bekenu sbg tailor kmpg. Diorang lg hebat, bli yg bribu punya beb, tailor la katakan. Sambil mereka m’beli, umi&abi plak sibuk m’belek & memilih. Bila mereka dah slesai m’beli & akhirnya m’belah, tiba la turn umi&abi utk m’beli. Pilihan dah dibuat, akhirnya belilah kami sebuah model dgn harga RM9xx.xx

Umi & Abi
>>Umi & Abi<<
Bila dah sampai kat umah…
Jeng,jeng,jeeeeeeng! tperanjat wan tengok umi&abi bawak balik mesin jahit. T’ukir riak kegembiraan diwajah wan, terasa bahagia dihati umi&abi.
Wlpn terasa fulusnya b’kurang tetapi Allah m’campakkan rasa tenang ke dlm hati kita, dilapangkan rezeki & dip’mudahkan segala urusan. Demikianlah impak berbakti kpd ibubapa. Ingatlah, sehebat mana pun kita, sepintar mana pun kita…semuanya bermula dari belaian seorang ibu, yg m’jaga & m’didik tanpa mengenal penat & jemu…m’curah kasih & sayang dgn sepenuh hati…apalah nilainya wang & ringgit jika dibandingkan dgn pengorbananmu. Doa umi&abi, smoga wan, wanduk & atok sentiasa dlm lembayung rahmat Ilahi & smoga kami diberi kekuatan utk berbakti kpd mereka hingga b’pisah nyawa dr badan.
Ingatlah wahai nasuha, pesanan ummi&abi ini.
Wallahu a’lam.
By....are-bie

SeLamAt HaR! LaHiR...


Ini adalah simbolik hadiah utk zauj ana laaa....

Hari ni 21 May, zauj msh lg bkursus "Induksi" di Hotel Mega, Miri. Tak dapat nak raikan bersama:( Tapi hadiah sbg tanda ingatan sudah tersedia n disorokkan dlm beg pakaiannya tempoh hari.. jeng,jeng,jeeeng...

~SELAMAT ULANG TAHUN KE.....:)
~SEMOGA UMURMU DIBERKATI n DIRAHMATINYA
~SEMOGA SEMUA "DOAMU" UNTUK KELURGA INI DIMAKBULKAN OLEH-NYA
~Aaaamiiiinnn...

:)