Assalamualaikum semua.....
Alhamdulillah,diberi peluang lagi melakar di ruangan ini...Jam di komputer ni telah menunjukkan 1.42 pagi..Actually sedang menunggu kepulangan sayap kanan tersayang..Duduk bersama temannya menyiapkan sepanduk sempena Maulidurrasul yang akan berlangsung Ahad ni...sementara kepulangannya,meh nak share sket..
Mmmm...banyak ucapan "Salam Maulidurrasul" yang tertera kat FB sejak akhir-akhir ni..kat TV pun segar je rasa dengan kisah kekasih Allah ni...Subhanallah..masyhurnya baginda sampai sekarang masih diingati kita semua...
Tak tahu kenapa bila terdengar je kisah lelaki mulia itu,hati ni automatik tersentuh...macam rasa piluuu je..saat melakar bicara hati ni pun,terasa ada air keluar kat rongga bau ni..mata??dah pun bergenang..hmm..sejak ada TV Al-Hijrah siarkan qasidah-qasidah ni...rasa seronok sangat..bermula dari tahun lepas lagi..terutamanya rancangan kegemaran 'Dikir Zikir"...Allah hai...sejuuk hati dengar dendangan yang dihidang....Damainyaaa..
Oh ya,selalu kat dalam TV tanya,"apa yang anda akan lakukan jika Rasulullah kini ada bersama anda?".Hukhuk...kadang-kadang bayangkan jugak kalau soalan ni ditanya pada aku..apa aku nak jawab???Hmmm,tetiba terbayang kalau Rasulullah tu ada depan aku.....aku..akuu...hmm..mmm..aduh,(tetiba sebak)....Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad....Allahuakbar...
Kalau aku,aku nak larii..lari jauuh..Maafkan aku Ya Rasulullah ^,^ aku nak menyorok(agak-agak boleh ke?)^_^cumaaaa...nak tengok,intai dia dari jauh...tak tahu kenapa diri ni rasa tak layak la..terasa diri ni banyak dosa,malu dan..siapalah aku...??Allah,Allah....Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad...dalam hati berbisik..Ya Rasulullah,dah lama benar diri ni tertunggu-tunggu saat dan detik melihat wajahmu...melihat susuk tubuhmu adakah seperti mana yang diceritakan sejak aku dibangku sekolah lagi..nak lihat peribadi dan akhlakmu adakah mulia seperti yang pernah digembar-gemburkan dari dulu hingga kini...Subhanallah..perasaan apakah ini..???Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad...
Tak mampu..memang tak mampu..aku bukanlah dikalangan ummat yang terbaik buatmu Ya Rasulullah..tapi ketahuilah..kini aku sedang berusaha melaksanakan apa yang pernah dirimu laksanakan suatu tika dulu..walaupun cabaran yang dirimu terima jauh lebih hebat dari apa yang kuhadapi...melalui ilmu yang ada..daku kini berusaha kongsikannya bersama anak-anak juga insan lain...selagi hela nafas ini masih ada, yakinku takkan berhenti Ya Rasulullah...daku belajar tentang peribadimu..daku berusaha didik diri dan jiwaku yang keras ini agar lembut tetapi utuh sepertimu...siapalah aku!!siapalah aku!!!ku sedar betapa rendahnya diri ini..
Sungguh begitu, biar apa pun ujian...daku tetap berusaha untuk setia di jalan ini...jalan-jalan yang pasti penuh liku,namun kupercaya ada nikmat juga khabar gembira buat pendokong-pendokong jalanmu dalam mencari redha Allah..
Adakah kamu mendengar keluhan ku ini Ya Rasullullah..!!!!?Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad..
Doaku,agar didoakan olehmu semoga diri ini di beri kekuatan untuk terus istiqamah di jalanmu,jalan dakwahmu...dan....semoga suatu tika nanti diri hina ini dapat menatap wajahmu Ya Rasulullah....Allahuakbar....
Semoga di hari kelahiran mu ini,menyegarkan lagi cinta kami semua buatmu...segar cinta,segar amalan,segar dalam melaksanakan perubahan..bi iznillah...
Memaparkan catatan dengan label Cerita Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Hati. Papar semua catatan
Rabu, 23 Januari 2013
Hati menangis
Sabtu, 12 Januari 2013
Bismillahirrahmanirrahiim...
Alhamdulillah,terasa diri ini lebih bersemangat selepas membaca ini =p
~::Mulianya bergelar SRT::~
Suri rumah tgga adalah satu bntk kerjaya yg begitu mulia. Wahai para
ibu yg sibuk di rumah, SENYUMLAH! Berbahagia n berbggalah, ucapkan
ALHAMDULILAH krna ternyata n terbukti kerjaya anda sgt benilai tggi bila
dibandingkan para wanita bkerjaya konvensional di mata dunia. Yakinlah,
bhwa anda jauh lbh bnilai n bgaji tggi di mata Allah Taala jika anda
niatkan khidmat anda semata2 ikhlas krna Allah SWT. Ajaklah hati utk
bmuhasabah. Jika bekerja di luar rumah mjanjikan ganjaran wang rggt pd
hujung bulan, maka bkerja di dlm rmh mjanjikan ganjaran pahala pd hr
pmbalasan, in shaa Allah. Wang rggt dpt dilihat dgn mata kasar tetapi
kepuasan n pahala hanya dpt dirasa oleh mata hati. Selagi ikhlas, selagi
itu anda akan berasa seronok dgn apa2 yg anda lakukan...Jika seorg
suami ingin mbayar gaji seorg isteri yg sggp tdk bkerja semata2 utk
mjadi SRT spenuh mase, berapakah agaknya nilai gaji yg paling layak utk
diberi ( tp sy tahu SRT semua mbuat kptsan dgn ikhlas bhenti kerja demi
kebajikan anak2,jika suami faham n bkemampuan n mberi kita duit belanja,
alhamdulilah) ~ : petikan dr majalah MIDI...
Tapi,bagi aku....untuk menjadi SRT yang "osem" bukanlah mudah seperti yang disangka...bukan hanya terperap dalam rumah, bergelumang dengan bawang,ikan,sayur dan sebagainya..(Hero di dapur la kunun).Bukan juga hanya asyik bersilat dengan aktiviti atau rutin harian mendidik juga melayan kerenah malaikat-malaikat kecil yang comel itu. Daaan bukan juga yang hanya bijak bestari melayan kehendak Sang Raja yang bijaksana(suami la tu..hihihi..sorry bii..)
Yang lebih "osem" itu adalah SRT yang mampu melaksanakan lebih dari segala yang tersebut di atas..
Apakah dia??
1) Yess...Mantapkan ilmu dalam erti kata lain belajar atau menuntut ilmu terus-terusan.
:ilmu rumahtangga :ilmu mendidik anak :ilmu memasak :ilmu kemasyarakatan
:ilmu Agama
:dan macam-macam ilmu lagi
Dengan cara bagaimana?
Tengok siaran yang boleh meningkatkan motivasi diri, tidak lepaskan peluang untuk menghadiri program-program ilmu, kuliyah-kuliyah atau apa sahaja program yang boleh kukuhkan iman serta ketaqwaan kita..jika ada,
Hiburan?? No no no...usaha elakkan sedikit demi sedikit...
2) Amalkan ilmu yang diperolehi dan yang tak ketinggalan pentingnya adalah berkongsi ilmu atau mengajarkan kepada yang lain..
Kepada siapa??
Ya, kepada insan-insan di luar sana yang masih haus dek kerana dahaga ilmu Allah SWT..
Teringat akan pesanan pensyarah aku dulu..
"Nadjah duduk rumah jangan duduk sesaja..kene pergi ke luar juga sebarkan ilmu apa yang patut..."
:( diri ini sungguh terkesan dengan kata-kata tersebut...
Allahuakbar, aku akan cuba...bi iznillah..^,^ Bantu aku Ya Allah...
Alhamdulillah, setakat ini je...
p/s:Kalau sudi,sila tinggalkan komen anda k..Terima kasih^___^
Khamis, 10 Januari 2013
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semmuuaaa..!!!!:)
Alhamdulillah..untuk kesekian kalinya aku berkongsi entri untuk kali ni..Waaa...lama benar tak berceloteh diruangan sendiri...Makin suram makin pudar...Takpe2,akan diperbaiki semangat yang ada..Bi iznillah..
Rasanya belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru...Semoga tahun baru ini lebih menyinar dan lebih bermanfaat buat aku,keluargaku dan sesiapa sahaja yang berada disekelilingku...Yang penting bermanfaat untuk seemmuuaaa UMAT ISLAM sedunia..ada banyak yang harus diusahakan untuk agama tercinta ini..Allahuakbar..^,^
Dan pastinya 2013 ni ada beberapa list azam yang harus aku usaha untuk laksanakannya dengan penuh ISTIQAMAH...Istiqamah penting sesangat..hmm..Allahuakbar,semoga aku diberi kekuatan......Apa dia azam baru tu??? Bi iznillah pada entri akan datang aku kongsikan k...ni nak cargas tunaikan solat zuhur dulu..Allah 1st!!!haha..ni antara azam baru aku....
Sebelum cau cin cau, aku nak luahkan rasa syukur..Alhamdulillah,TQ n syukran Allah..diberi keizinan untuk memakaikan dia baju putih tu serta menyuruh si Uwais Al-Qarni mengikut abinya ke masjid untuk Solat Jumaat..TQ abi..... Nanti gambarnya akan di post pada next entri k...(dlm hati tak sabar nak dengar cerita abi tentang Uwais kat masjid tu...)

Ahad, 6 Mei 2012
2 Kegembiraan
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, entry kali ni akan kubicarakan mengenai 2 kegembiraan yang kurasai..
Pertama: Semalam 5 Mei, dapat bertemu dengan salah seorang anak murid ngajiku setelah sekian lama tak bersua..dapat jumpa salah seorang dari mereka pun sudah memadai bagiku...Rindu nak bertemu dan berkongsi ilmu.
Kedua: Hari ini 6 Mei, bertempat di Pantai Bungai, satu pertemuan bersama adik-adik maktab. Memang sudah lama niat di hati untuk bertemu mereka walaupun hanya beberapa orang..Alhamdulillah,termakbul akhirnya..rindu sesangat..Tambahan ahli buat diri ini lebih berbunga-bunga..TQ Allah di atas semua kesempatan ini..
Apabila persahabatan atau ukhwah di bina dari hati, ikhlas kerana Allah..inilah balasannya..Manis umpama madu, indah umpama bulan yang terang bersinar..Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah...Terima kasih adik-adikku Ajeerah, Azimah, Rozi dan Hasmah..Kepada yang baru ku taaruf, terima kasih atas perkenalan yang baru bermula ini..
Ohya, kepada abi, suami terchenta...thanx coz meluangkan masa menghantar dan menjemput ummi:)mak juga anak-anak yang turut meraikan sahabat-sahabat ummi, thank you & luv u all soo much lillah...
Alhamdulillah, setakat ini je...Kalau sudi,sila tinggalkan komen anda k..Terima kasih^___^

Isnin, 30 April 2012
Ummi Nasuha Kini Kembali^__^
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, setakat ini je...Kalau sudi,sila tinggalkan komen anda k..Terima kasih^___^
Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah SWT kini aku >> ummi,bonda Nasuha telah kembali melakar coretan di blog yang hampir suram..Taaapi..lani sudah pun berwajah baru.. Harapnya dengan wall baru ini akan menaikkan mood dan semangat baru untuk aku terus menulis entry walau hakikatnya mungkin aku saja yang menjadi pelawat setia dan membaca semula entry2 yang telah di post..:)
Teringin rasanya berbicara bisu dalam blog ini tatkala meniti waktu di akhir-akhir kehamilan tempoh hari..Boleh? boleh sajjaaa..ini kan blog aku...so mestila cerita pasal aku..jangan marraaa haaa....Mmm, sedar-sedar dah sebulan lebih aku meniti hari sebagai ummi kepada 'Urwah Az-Zubair, hero ke dua dalam keluarga ini. Kejap sungguh masa berlalu. Mari aku ceritakan kisah itu.
Dari mana kan kumulakan bicara ini ya??
Mmm,baiklah..6 Mac 2012(Selasa): Pagi tu seperti biasa aku menyiapkan serta menghantar My Big Kakak (Nasuha) ke sekolah.. Kerap jugak si dia yang dalam batnun ni mengeras time aku drive..Bila dia mengeras,aaaarghh...tarik nafas turun nafas la aku di buatnya..Usap lama-lama sikit batnun yang mengeras tadi tu..dalam hati subhanallah dan beristighfar..,lama-lama dia ok la.. Walaupun lagi 6 hari genap kandungan aku 40 minggu(10 bulan), aku gagahkan diri melaksanakan tugas-tugas sebagai isteri dan ummi semampu mungkin. Mana yang aku tak mampu buat tu, aku abaikan seketika..Bila ada kudrat, aku laksanakan semula..Maklumlah,nak jadi "Ummi yang Waja" la kata kaan,kenelah kuat..kehkeh..Prinsip aku nih..:)
![]() |
| My Hero |
Alhamdulillah di sepanjang tempoh kehamilan aku banyak dibantu oleh seorang insan yang takkan dapat aku balas jasanya..My mother in law...luv u mak..Suami juga tak kurang hebatnya dalam melayani kerenah 'mak buyung' yang kian hari kian slow dari segala hal..jalan slow..lipat baju slow,simpan baju dalam lemari pun slow(yang ni encik suami selalu tolong.AHAHA...tq abang...) Pagi tu bila sampai rumah dalam keadaan termengah-mengah(lepas hantar Kak Long), seperti biasa aku rehat jap..Lepas tu mak start nak kemas-kemas bilik belakang coz nanti besannya nak datang(mak abah aku). Takkan aku nak duduk je kan, so aku pun turut lah bersama-sama bantu tukarkan langsir tapi mak yang panjat kerusi,aku duk tolong hulur paku dan langsir je, hihi..pastu tolong alihkan katil, nyapu dan bersihkankan kipas..Sebenarnya aku dah rasa semacam(dari malam tadi lagi), tapi aku buat-buat tak tau je coz bisik hati aku, mungkin perasaan je koot..Mmm,pagi tu aku,ke tandas memang kerap sangat-sangat la.Baru je keluar tandas,daah nak masuk tandas balik...Yang mengandung trimester akhir pasti tau kenapa..Bila da berkali-kali masuk tandas,aku perasan ada sedikit darah..Hah sudah!!masanya dah tak lama la tu, hati aku berbisik..berdebar dah..huh...tapi tak bagitau MIL(mak mertua) lagi..masih meneruskan aktiviti sapu sawang dalam bilik..Kemudian ke tandas semula, masih ada darah..kali ni terus bagitau mak.Mak mertua(MIL) aku terkejut terus suruh aku duduk berehat, suruh aku telefon bagitau suami kat sekolah dan suruh aku solat sunat..Mak pulak yang gelabah..hihi..
| Selesai sudah..Alhamdulillah..Time to rest.. |
Jam 3 petang, suami bawa aku ke klinik di bandar(tempat aku nak lahirkan baby). Buat check up then bagitau la yang aku ada keluar tanda darah..si doktor pun arahkan aku naik atas katil untuk cek bukaan..Uuuppssss...sudah 2cm terbuka..dia suruh aku admit tapi aku bagitau aku nak pusing bandar dulu coz nak beli barang dan makan mak buyung belum makan lagi.Doktor bagi je tapi dia pesan jangan lama sangat dan jangan makan bebanyak..Maka berjalanlah aku bersama sang suami terchenta ke tempat yang kami nak tuju dalam suasana macam hepiiii je..bukan hepi apa sebenarnya,aku ni dalam kondisi macam tak percaya, dah nak bersalin dah aku ni rupanya tapi still nak ke hulu ke hilir..Actually aku tak rasa sakit lagi,pasal tu ble jalan-jalan beli barang....Mmm,bila tengah gelak-gelak,aku cakap kat suami..."ha,sekarang gelak-gelak,malam karang apa laaa nasib aku..."huh,risau sesangat..
| Selamat datang sayang.. |
Jam 6 petang, aku ke klinik semula(tempat aku nak bersalin). Naik ke tingkat atas dan nurse da suruh tukar baju...Pembantu doktor tu datang ke bilik itu lebih kurang jam 7 untuk cek bukaan lagi tapi aku minta izin nak solat maghrib dulu..Seusai solat, bermulah proses memecah kan air ketuban...Dah pecah air ketuban baru lah ada rasa sakit lebih kurang nak pukul 8..Time da sakit ni, selang 15 minit suami suapkan ubat homeopati yang dibekalkan oleh doktor dari semenanjung...sebagai selusuh la konon..kita hanya berusaha, Allah penentu segalanya..aduh, makin kerap sakitnya saat tu...mula-mula aku baring di katil, lepas tu duduk atas katil. Lepas tu aku turun jalan-jalan coz nak bagi baby cepat turun..Pastu aku duk atas kerusi pulak...huh, macam-macam..
Jam 8 lebih: Bidan dah kerap masuk temankan aku..Aku dinasihatkan baring then dia suntik ubat..Apa ntah nama ubat tu..Tujuan nak bagi aku mengantuk dan kurang rasa sakit..Lepas suntik,sakit masih terasa pastu memang mengantuk..Duduk atas katil, tersengguk-sengguk mengantuk sambil usap perut. Mulut ni tak lepas dari kalimah Allahuakbar kerana takjub(besar sungguh kuasa Allah kerana wujudnya rasa sakit yang teramat itu) dan doa moga Allah permudah dan dipercapatkan proses ini. Hati aku merayu-rayu mohon Allah cepatkan proses melahirkan ini. Nak bagitau,rasa mengantuk penangan ubat tadi tak boleh atasi rasa sakit tu..sakit tetap sakit..Hanya Allah yang tahu...Cek bukaan lagi, dah 8cm dan hampir full kata bidan(pembantu doktor) tu..
Jam 9.30 malam, jalan kaki masuk labour room...Jeng jeng jeng....aku akan bertempur!!!bertarung dengan kesakitan demi melahirkan satu nyawa ke dunia ini..InsyaAllah,aku dah ready..dalam kepala otak aku..Allah Allah Allah,itu je yang aku ingat...moga DIA mudahkan urusan aku...
![]() |
| Hah, ni eksklusif ni...sesudah bertarung, membaca doa selepas melahirkan anak dan mengucup dahinya.. Subhanallah,TQ Allah.. |
Alhamdulillah, 9.50 malam....aku selamat melahirkan bayi lelaki. Seluruh tenaga aku gunakan untuk proses melahirkan itu, luluh tak berdaya benar rasa diri ini. Nak berkata-kata pun rasa tak mampu..bila baby diberi padaku untuk aku dakap, aku terlupa akan sesuatu, lalu bertanya kepada suami "abang, macam mana doa selepas melahirkan anak..?" Aku lupa!!!!astagfirullahal 'azim!! Aku nak baca tapi tak tahu kenapa lupa intro doa tu..Lepas abang baca, barulah aku ingat then terus baca, tiup dekat anak dan cium dahi dia..Alhamdulillah, sangat-sangat syukur aku panjatkan..Kepada suamiku, terima kasih abang..i luv u sooo much..ini hadiah terbesar yang ketiga untuk abang.
| Sentiasa di sisi..TQ sayang.. |
Time suami azan pada panglima aku ni,rasa sayu je.. Bayi lelaki seberat 3.95kg? aku sendiri tak percaya. Dulu kalau kawan-kawan lahirkan anak lebih 3.4kg dan ke atas je, aku dah rasa takut dan sungguh takjub tapi lani aku 3.95...????ini semua KUASA ALLAH SWT...Terasa sungguh keajaiban dan kekuasaan Nya... Bersyukur tak terkira time tu, aku berbisik lemah pada suami "boleh tak abang tolong buat sujud syukur untuk orang?bagi pihak aku, eh boleh ke?? Ntahla, waktu tu nak sangat-sangat aku sujud syukur tapi mana mungkin aku dapat lakukannya..Mmm, permintaan aku itu disambut baik oleh abang..ababng kata "boleh je", lega rasanya..Bergantung penuh dengan Allah, nikmat sungguh rasanya..
Dokter suruh rest dalam bilik bersalin tu 2 jam sebelum di benarkan masuk dalam bilik rehat..Waktu rehat tu aku berjanji pada diri kerana Allah akan satu perkara. Tapi idaklah aku bernazar..cuma sebagai tanda syukur. Harap ianya tertunai...
Syukuur, Alhamdulillah...Terima kasih Allah di atas nikmat yang KAU kurniakan buat hambaMU yang ternyata lemah lagi kerdil ini..
Duhai anak,
jadilah di kau anak yang soleh,
Penyejuk hati dan jiwa pada ayahbonda.
Duhai anak,
Pasakkan di jiwamu Iman dan Taqwa,
Teguh utuh tiada goyah,
Bukti kehambaan pada NYA yang Esa.
Duhai anak,
Berhati-hati dengan fitnah dunia,
Yang mengancam diri melalai jiwa,
Isikan akalmu dengan ilmu berguna,
Agar kau tak mudah tersungkur terpeday...
Duhai anak,
Tuntutlah ilmu milik Tuhanmu,
Dengan semangat tanpa jemu,
Awasi setiap akhlakmu,
Kerna ia mencermin peribadimu..
Salam sayang buat anak-anak ummi...
Nasuha 'Irdhina
Uwais Al-Qarni
'Urwah Az-Zubair
Moga kalian menjadi insan yang bermanfaat buat agama,bangsa dan negara kelak. Di doakan moha Allah merahmati seluruh kehidupan kalian di dunia juga akhirat..
Ikhlas dari...
Ummi
Alhamdulillah, setakat ini je...Kalau sudi,sila tinggalkan komen anda k..Terima kasih^___^
Jumaat, 17 Februari 2012
Tersentuh
AllahuAkbar...
Pagi ni tengok TV Al-Hijrah, kumpulan nasyid UNIC...melagukan Selawat2, Al-Ma'thurat....cukup membuatkan hatiku tersentuh....Allah hai...sedapnyaaa telinga mendengar, hati merasa semacam ada satu keindahan..sungguh nikmat zikir n kalam-kalam itu..damainya hati...
InsyaAllah, akan aku cari CD UNIC. Moga selawat2 itu menjadi halwa telinga, ubat hati yang sering alpa..Biar meresap di jiwa..
Untuk diriku juga seisi syurga ku ini..
Wallahu 'alam...
Untuk diriku juga seisi syurga ku ini..
Wallahu 'alam...
Sabtu, 26 November 2011
Selamat Tahun Baru 1433h
Alhamdulillah,semalam pjalanan kami sekeluarga bjalan lancar...Lebih kurang jam 10.30 pg kami memenuhi undangan perkahwinan di Kg Angus..Cantik berseri pasangan mempelai itu. Semoga ijab qabul bsaksikan wali itu bkekalan hingga ke syurga...
Seterusnya kami bgegas ke bandar Miri atas urusan kereta abi~Proton. Agak memenatkan hingga aku tlena di dalam kereta..Apatah lagi abi..lg penat..Sampai rumah jam 3 petang and abi merehatkan diri sementara menunggu asar..Jam 5.30 petang kami btolak ke Niah untuk mhadiri Program Kem Ibadah Remaja merangkap Maal Hijrah..hajat di hati ingin mbaca doa awal tahun n akhir tahun bjemaah di Masjid Al-Jabbar,Niah. Kereta yg dipandu abi meluncur laju dan Alhamdulillah, kami sampai tepat pada masanya..
Rindu terubat apabila melihat wajah2 adik maktab..Bertemu, bsalam n beramah tamah seketika. Tanpa mbuang masa doa akhir tahun di baca oleh imam Abe Syara(Imam Muda). Hati terasa sayu dan pilu mninggalkan tahun yg akn berakhir ini(1432). Teringat aku pada kelalaian, kealpaan dan dosa2 yg pernah ku lakukan..sungguh syhdu pilu...Ampunkan kami Ya Allah..AllahuAkbar..mudah sungguh meminta ampun,namun.....terampunkah aku????^,^
Solat magrib berjemaah yg di imamkan oleh Imam Muda Abe Syara sekali lg. Lepas magrib kami mbaca doa awal tahun pula...Dengan ini....Selamat tinggal tahun yg lama,Selamat datang tahun yg baru... Forum yg dinanti pula blangsung.Alhamdullah, wajah Ustaz Syed NorHisyam yg selalu dilihat di kaca televisyen kini berada di masjid Al-Jabbar, sebagai panel forum...Sempat merakam perkongsian pd malam itu disebabkan kekangan menjaga bujangku Uwais Al-Qarni...Kepada kalian yg mungkin tganggu dgn suara heroku ini,maafkan kami..kelincahannya kdg kala sukar berada dalam kawalanku..Jauh disudut hati, tetap aku gembira melihat ank2ku gembira ceria tatkala berada di rumah Allah ini..Kepada adik2 maktab yg sabar melayan kerenah anak dara n heroku, syukran jiddan.Uhibbukum kathiran^,*
Semoga hati2 kita bsatu kembali sepertimana kita bersatu dan bkumpul dalam melaksana misi dakwah yg tak pernah putus ini......Terima kasih Allah ats kesempatan yang KAU kurniakan ini....Abi sayang, terima kasih kerana mebawa ummi n anak2 ke jalan ini...Luv u soo much!!

Sabtu, 17 September 2011
Untuk Yang Seangkatan dengan Saya~~~~ISTERI...
HARGAILAH ISTERI ANDA.....
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.,Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masji dan atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah merangkak atau perlahan-lahan ke arah titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him.
Rintihan sekeping hati..
"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......
~Berikan kami kekuatan Ya Allah untuk mjadi yang terbaik buat suami kami, dan jadikan juga suami kami dikalangan suami yang soleh, beriman dan btaqwa padaMU agar hati serta jemari2 ini digenggam seterusnya dipaut agar tdorong untuk melaksanakan perintahMU dan menjauhi laranganMU...Mana mungkin untuk kami mjadi yang terbaik andai kami dpertonton dgn cakhlak yang keji lantas terdorong ke jalan2 yang tidak Kau redhai.... Bantu kami YaAllah,berikan kekuatan jg kesabaran yang tinggi selama mana kami menjadi suri di hati seorang yang bergelar SUAMI~~Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...
Rabu, 27 April 2011
Pesakit Mental
Hari Selasa yg lepas,beta bawa Uwais gi checkup(genap 1 tahun).Masa mnunggu tu,ada la seorang pesakit mental masuk dlm klinik utk ambil ubat..tp psakit ni xla kronik n xkacau org pun...Bila dia masuk sume org senyum2 coz tau da dia xbrapa siuman..tgok telatah dia,lucu..hilang rasa bosan mnunggu gliran..
Jururawat kat situ kacau dia,tanya kat dia..
Jururawat: Didi(bkan nama sbenar),apa nombor hr ni?
Dia macam lalok2 mjawab: ampat anam lima lima...(4655)
Jururawat: Apa?455?
Didi: ampat anam lima lima(nombor diulang)
(Sume org yg ada dsitu,senyum2 n ada yg tgelak kecil mdengar pbualan jururawat n si didi tu)
bila beta dgr didi ckp ampat anam lima2 tu,beta rasa mcm pnh dgr n familiar dgn nombor tu...tp dmana ya??ooooo,baru beta ingat, itu nombor kereta Exora abiiiii yg beta parking kat luar klinik..hati gelak sakan laaa....Hmmm,lahai..mesti dia tgk nombor kreta tu sblm masuk klinik tu...ish....macam2 la si didi ni..hihi..
Si Didi ni ada jg beta tjumpa gi Miri naik basikal(jauh tuuuu...)org kata,dia pernah pergi Bintulu pun naik basikal....aduh,kasihan....
Mula insafi diri,syukuuuur dgn nikmat akal yg Allah berikan ini...Semoga Didi sembuh dr pnyakit mental yg dialaminya...

Isnin, 18 April 2011
Hujung Minggu
Alhamdulillah, kini hujung mingguku telah terisi..Bertempat di Surau Kg Satap kami berkumpul...
Dengan izin Allah hajatku untuk berkongsi ilmu Al-Quran yang tidak seberapa ini bersama bekas anak2 murid kini terlaksana. Menyedari kepentingan kitab suci ini, satu kekuatan timbul untul mengajak, mengajar juga mdidik mereka. Aku percaya, "Al-Quran" itu penawar. Sangatlah kuharapkan anak-anak ini menyedari bahawa betapa pentingnya dalam hidup ini kembali kepada Pencipta. Semoga melalui KalamNYA nya yang indah ini,diri serta hati-hati kami dapat mendekatiNYA..Jiwa-jiwa yang sudah lama kosong itu,terisi dengan didikan ayat suci Al-Quran..
Biarpun hanya beberapa orang pelajar yang sudi belajar,sekurang-kurangnya,Fardhu Kifayah telah pun terlaksana...Dengan adanya kelas ini, bukan sahaja mereka malah aku juga akan terus berkongsi dan mengutip ilmu Allah ini hingga keakhirnya(belajar sambil mengajar)..

Selasa, 8 Mac 2011
...Payahnya...
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, aku mulakan tinta kali...
Setelah skian lama mbisu...mbisu tidak beerti tiada cerita hati yg ingin diluah, tp dek kerana kekangan masa, banyak perkara yang tbatas...."suri rumah bkn banyak masa ke??"hah, mgkin inilah andaian insan2 di luar sana..hanya suri rumah sahaja yang memahami..Dari celik mata, hinggalah sebelum lenanya mata ini, otak ligat bfikir "nak buat itu,nak buat ini...esok nak buat itu,nak buat ini..". Kadangkala sampai tertangguh apa yg di 'plan'kan....
Subhanallah, kini dua orang malaikat kecil mjadi keutamaanku...dipundakku tertanggung amanahNYA utk aku pikul sebaik mungkin. Namun kadang kala hati terkeciwa jua andai ada yang kurasakan belum lengkap untuk kulaksanakan...
Anak-anak....
Kini menjadi keutamaanku selain dari mjadi suri hati kepada seorang suami..Cabaran yang aku terima untuk mjadi ummi, zaujah juga menantu sungguh mcabar....biasalah,aku bukanlah insan sempurna yang mampu mjadi apa yang diinginkan dengan skelip mata..Namun aku takkan berputus asa untuk memenangi hati insan2 kesayangnku...Aku tidak putus bdoa agar jiwa ini dipimpin oleh ajaran2 yang btunjangkan Al-Quran dan Sunnah..Tidak lupa jua pohonku pada Rabbul Jalil moga aku diberikan ilmu serta kmahiran dlm mdidik anak yg kian mbesar ini..Sungguh!!!sungguh mcabar...kadangkala dosa sungguh diri ini tatkala tinggi suaraku pada puteri ksayanganku...aku tahu, sejak hadirnya Uwais Al-Qarni, kdudukan serta perhatian padanya sudah beralih arah..namun ketahuilah Kak Long bahawa Kak Long lah penyeri hidup ummi..Kak Long jugalah teman bicara serta semangat ummi...kedudukan Kak Long tak pernah tgugat sayang....
Suamiku....
Maafkan diri ini andai banyak kekurangan layanan dan perhatian ummi pada abi..Al-maklumlah, anak dah dua ni,kadangkala kalut sikit hinggakan terlepas pandang beberapa perkara...Moga abi tak pernah berputus asa dalam melayari mehnah khidupan ini bsamaku...Tangan ini senantiasa mharapkan agar dipimpin ke Redha Nya...
Sampai sini shj utk kali ini...my hero is coming!!!!

Khamis, 26 Ogos 2010
25 Ogos 2010::UlangTahun Perkahwinan::
Genaplah sudah 3 tahun aku bergelar isteri kepada seorang suami juga ummi kepada 2 orang cahaya mata..Alhamdulillah, syukur dengan kesempatan yang Allah kurniakan ini...Akanku hiasi mahligai ini dengan bunga-bunga kasih sayang jua ilmu di dalamnya agar penghuni-penghuni mahligai tenteram juga bahagia sepanjang pjalanan menuju ke gerbang ukhrawi itu..
Akanku korbankan diri ini umpama lilin agar menjadi pelita dihati sang suami juga si comel-comelku itu..menerangi hari-hari agar tidak suram dan kusam..Doaku saban hari agar diri ini senantiasa dikurniai ILMU jua KEFAHAMAN mendalam dalam mendidik anak-anak apatah lagi dalam menjadi suri dihati sang suami..Moga anak-anakku menjadi insan berguna, penyejuk di mata penenang dijiwaku juga menjadi pemudah urusanku dunia akhirat..Buat suamiku sayang,terima kasih atas kasih sayangmu yang tidak berbelah bagi, perhatianmu yang berpanjangan juga pengorbananmu yang tak terhingga dalam memastikan keluarga ini bahagia, ceria, aman dan sentosa..Maafkan salah silap diri ini yang dhaif disepanjang menjadi suri hatimu..terasa ingin kumenjadi sayap kanan mu agar mudah kau terbang ke sana ke mari..akan ku sokong setiap langkahmu dalam meniti tugas jua bebananmu di dunia ini agar..aku memperoleh REDHA mu menuju ke REDHA ILAHI..
Moga kita dipertemukan dalam firdausi..ummi sayang dan kasihkan abi..nasuha juga uwais...luv u all soooo much..jiddan....
salam sayang~~~ummi

Isnin, 26 Julai 2010
uS@nG!!!????
MasyaAllah,lama sungguh blog ini x dikemaskinikan...Semenjak lahirnya Uwais Al-Qarni,blog ini terbengkalai saje..Tp bkn salahmu wahai anakku..Cuma kekangan masa yg buat blog ini semakin usang..
Harapanku moga blog ini kembali ceria dgn cerita2 terbaru....InsyaAllah..akan dikemaskini sedikit demi sedikit..Mungkin juga perlu kepada sedikit perubahan pada blog ini..Hiihii...Akan diusahakan sedikit demi sedikit...
Isnin, 22 Mac 2010
::GENAP 9 BULAN::
Hari ni,mengikut pkiraan dokter,genaplah kandungan aku brusia 9 bulan..saat2 ni,bila2 ms sj aku boleh bsalin jika ditakdirkan Allah SWT..Barang2 kperluan msh lg ada yg x complete...xbanyak pun,cuma bbrapa perkara sj yg msh perlu diselesaikan....
Namun,aku tetap gementar mhadapi saat ITU walaupun ini merupakan kelahiran ke dua cahaya hati kami...kali ni aku n suami memilih hospital kerajaan bg proses menyambut kelahiran ke dua anak.Yang sulung dl aku bsalin di klinik swasta,maklumlaa...time tu tak de pengalaman langsung.IQ zero la kate kaan...tp kali ni InsyaAllah aku bersedia melahirkan zuriat kami di hospital biasa...
Gementar!Gementar!Gementar!Tetap gementar......
Ya Allah Ya Tuhanku,permudahkanlah segala urusan hambaMU ini tatkala tiba masanya melahirkan si kecil itu nanti...KAU permudahkan jualah urusan kami sekeluarga.Amiiin...
(>,<)

Ahad, 10 Januari 2010
**Cerita Larut Malam**
Jam sudah pun menunjukkan 12.54 tgh mlm...masih lg di sisi abi menemaninya menyiapkan data pelajar dan kini melengkapkan RPH(rancangan pengajaran harian)persediaan utk mengajar esok..Inilah dia tugas insan yang bergelar GURU...
Kata org jd cikgu senang,boleh balik awal n banyak masa dgn keluarga...betul ke???bg ku...semua pkerjaan adalah sama dan menjadi seorang guru bukanlah mudah seperti apa yg disangka...bukan sekadar mengajar,apa yg paling berat dipikul adalah menjadi seorang yg mampu MENDIDIK jasmani,emosi,rohani dan intelek pelajar...tugas atau beban kerja bukan setakat di sekolah,tak sah kalau tidak di bawa balik ke rumah...pasti ada sj yg perlu di selesaikan di rumah.Paling tidak pun kerja2 menggunakan otak..tak habis2 fikir tugasan berkaitan dgn urusan sekolah dan pelajar...nak ajar anak orang yg pelbagai kerenah,ragam,cara dan masalah..kadang2 sakit otak dibuatnya...Selain kuat tenaga,mental juga penting untuk menjadi seorang guru...
Tabik spring la pd mereka2 yg bergelar GURU.bukan setakat bgelar guru tp punyai hati seorang guru...sesiapa pun mampu jd guru,tp untuk berhati guru,huh....sukar ditemui....
Ku dedikasikan ucapan ini kepada:
1) Abi suamiku tersayang,sabarlah dalam mendidik anak muridmu...insyaallah...ganjarannya bakal abi terima satu hari nanti...moga Allah SWT kurniakan kita anak2 yg terdidik akhlak,jasmani,rohani berkat kesabaranmu mendidik anak bangsa hari ini..
2) Semua yg bergelar cikgu2....semoga Allah SWT kurniakan kalian kesabaran yg tinggi dalam mendidik insan yg bergelar pelajar atau murid..
3) Diri sendiri:) Semoga aku diberikan ilmu pengetahuan, kemahiran, kekuatan dan ketabahan dalam mendidik zuriat2ku. Moga anak2 ummi abi menjadi insan cemerlang duniA + Akhirat...Dunia 'A' + Akhirat 'A'...Aaaamiiin...
Biiznillaah...
rasa hati: nadjah
(kini guru di rumah, tidak lagi di sekolah)

Khamis, 13 Ogos 2009
PERGI TAK KEMBALI - Ustaz Asri Ibrahim
Ya Allah..
Sebaknya rasa atas pmergianmu...wlpun kita saling tidak mngenali,tapi trasa spt wujud rasa kasih antara kita...HAMBA ALLAH...SAMA BERSAUDARA...mungkin inilah asbabnya...
Tringat aku pd suatu hari tika menonton rancangan OASIS antara jam 7 hingga 8,tatkala menunggu giliran solat...aku dan anak(10 bulan kini)sama2 menadah tangan, mengaminkan doa yg dibaca nya...

Ya Allah Ya Tuhanku..
Semoga...
setiap selawat, doa, azan dan lagu dakwah yang Almarhum alunkan...
dberi ganjaran olehMu..
itulah antara amalan yg Almarhum tinggalkan....
Buat diri ini dan kita semua...
Moga dapat meneruskan dakwah dan amalan seperti mana yg Almarhum pernah lakukan seterusnya meneruskan perjuangan menyebarkan ilmu dakwah sebelum giliran kita pula yg tiba menghadapNYA...
Ya Allah, berikan hati ini kekuatan serta semangat untuk terus bermujahadah...
Isnin, 10 Ogos 2009
JADI MC???
08/08/09-Sabtu
-11 pagi
-bertempat di Dynasty Hotel
-Majlis Perpisahan & Majlis Selamat Datang untuk Pengetua..
-En Abu Saran Sahari + Dr Hassan Hasbullah...
-11 pagi
-bertempat di Dynasty Hotel
-Majlis Perpisahan & Majlis Selamat Datang untuk Pengetua..
-En Abu Saran Sahari + Dr Hassan Hasbullah...
07/08/09-Jumaat
kami dapat brita dmana majlis perpisahan (pngetua lama) dan majlis selamat datang (pngetua baru) akan diadakan. Kecoh la 1 bilik guru dgr brita tsebut. masing2 kompius nak pakai bj rasmi atau bj korporat skolah atau bj biasa ikut suka hati masing2. namun, kami diarahkan memakai bj rasmi spt hari2 bkerja. almaklumlaah, dgr crita pengetua br ni agak tliti+tegas+strict ngan praturan n sebagainya. ada jugk dgr yg bberapa org kaki tangan yg dah pnh kne 'sound' time dia lapor diri tempoh hr...ada pangkat paling tinggi akedemik lak tu(DR.)..Bidang Bahasa plak tu.aduuuss.....satu gambaran yg sudah cukup menakutkan...
malam jam 8.00
dapat 1 panggilan dr nom yg xkukenali. xsempat nak angkat coz sibuk ngan anak. xlama kemudian, nombor tsebut naik lg d skrin phone.bila ku angkat, suara ni memang xku cam...dia pkenalkan diri sbg SAPIE...Alammak, xcam n xknal. ingatkan member lama coz ada gak nama Shafie..tp bila dia ulang dua tiga kali nama dia, rupanya itu adalah Cikgu Sapie....Ketua Bidang,Guru Bahasa Melayu kat skolah tmpatku mengajar.appaaraaa..... buat suspen jak...
tujuan call.....dia minta jd pengerusi majlis utk hr esok..dia kata, ini arahan Guru Penolong Kanan, Pn Rahayu...dgr nama Puan Rahayu...aku mula gelabah...
nak xnak, trima sajalah. (bukan ape, glabah sbb ni majlis formal, buat kat temat exclusive lak tu...kecut gak..maklumlaa..aku ni kan GSTT jee)
bila zauj balik dr ngaja ngaji kat surau, tlah ku khabarkan brita td. zauj kata kalo xyakin, suruh org lain..Mmm..nak surh sape ek..?last2, aku kol pen kanan n britahu masalah ni. dahla mlm tsebut nasuha buah hatiku xdpt tido, perut ni plak asek mragam, mata ngantuk coz rs lth sgt mlm ni.. soo....bila ms lak aku nak karang ucapan MC nanti??? rayuan aku thadap penolong kanan tidak diterima..hukhukk..sedih...dia kt, sblm ni da brapa yg tolak, so aku lah org terakhir n kne trima jg..apa yg dpt ku katakan hanyalah.....trima sajelaahh....
disebabkan masalah2 aku td, aku xkarang ucapan pn mlm tu. bukan xmencuba, tp mmg xleh concentrate..tambah2 plak perut ni mragam(masuk angin). syukran kat zauj sbb mlm tsebut zauj yg tpaksa tgk kan nasuha yg xnak tido..aku????tpaksa masuk bilik rehat dl.
so, bila aku prepare ucapan tsebut.....haha...esoknyaa...selepas subuh. alhamdulillah, perut dah ok, mood pun dah ada, aku kata dlm hati..."apa-apa pun, aku akan cuba yang terbaik...apa org nak kata atau komen, itu blakang kira...."
alhamdulillah, tugas aku bjalan lancar pada hari tersebut.....
komen yg aku trima, alhamdulillah....makin membina semangat..
Buat>> Ustaz Ashraf(zauj), Cikgu Lolita = Syukran atas semangat n bantuan kalian.
[[alangkah indahnya hidup andai insan disekelling sentiasa mberi perangsang, semangat n bantuan..]]
tak lupa jg kpd cikgu Sapie, krn pekenakan aku...=p
[[alangkah indahnya hidup andai insan disekelling sentiasa mberi perangsang, semangat n bantuan..]]
tak lupa jg kpd cikgu Sapie, krn pekenakan aku...=p
Selasa, 28 Julai 2009
BuAtmU bOnDa...
- Buat mak yang sgt dirindui, segala perit jerih mbesarkan alang, akan alang kenang hingga ke hujung nya
- Rasanya masih blm tlambat lg utk mengucapkan Selamat Hari Ibu....
- Pasti Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala kebaikanmu..
- KAULAH EMAK, TEMAN, SAHABAT & PEMOTIVASI yang sangat SETIA dan KU KAGUMI....

Langgan:
Catatan (Atom)