Isnin, 18 April 2011

Hujung Minggu

Alhamdulillah, kini hujung mingguku telah terisi..Bertempat di Surau Kg Satap kami berkumpul...

Dengan izin Allah hajatku untuk berkongsi ilmu Al-Quran yang tidak seberapa ini bersama bekas anak2 murid kini terlaksana. Menyedari kepentingan kitab suci ini, satu kekuatan timbul untul mengajak, mengajar juga mdidik mereka. Aku percaya, "Al-Quran" itu penawar. Sangatlah kuharapkan anak-anak ini menyedari bahawa betapa pentingnya dalam hidup ini kembali kepada Pencipta. Semoga melalui KalamNYA nya yang indah ini,diri serta hati-hati kami dapat mendekatiNYA..Jiwa-jiwa yang sudah lama kosong itu,terisi dengan didikan ayat suci Al-Quran..

Biarpun hanya beberapa orang pelajar yang sudi belajar,sekurang-kurangnya,Fardhu Kifayah telah pun terlaksana...Dengan adanya kelas ini, bukan sahaja mereka malah aku juga akan terus berkongsi dan mengutip ilmu Allah ini hingga keakhirnya(belajar sambil mengajar)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan