Isnin, 30 April 2012

Ummi Nasuha Kini Kembali^__^

Bismillahirrahmanirrahim..

 Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah SWT kini aku >> ummi,bonda Nasuha telah kembali melakar coretan di blog yang hampir suram..Taaapi..lani sudah pun berwajah baru.. Harapnya dengan wall baru ini akan menaikkan mood dan semangat baru untuk aku terus menulis entry walau hakikatnya mungkin aku saja yang menjadi pelawat setia dan membaca semula entry2 yang telah di post..:)

Teringin rasanya berbicara bisu dalam blog ini tatkala meniti waktu di akhir-akhir kehamilan tempoh hari..Boleh? boleh sajjaaa..ini kan blog aku...so mestila cerita pasal aku..jangan marraaa haaa....Mmm, sedar-sedar dah sebulan lebih aku meniti hari sebagai ummi kepada 'Urwah Az-Zubair, hero ke dua dalam keluarga ini. Kejap sungguh masa berlalu. Mari aku ceritakan kisah itu.

Dari mana kan kumulakan bicara ini ya??

Mmm,baiklah..6 Mac 2012(Selasa): Pagi tu seperti biasa aku menyiapkan serta menghantar My Big Kakak (Nasuha) ke sekolah.. Kerap jugak si dia yang dalam batnun ni mengeras time aku drive..Bila dia mengeras,aaaarghh...tarik nafas turun nafas la aku di buatnya..Usap lama-lama sikit batnun yang mengeras tadi tu..dalam hati subhanallah dan beristighfar..,lama-lama dia ok la.. Walaupun lagi 6 hari genap kandungan aku 40 minggu(10 bulan), aku gagahkan diri melaksanakan tugas-tugas sebagai isteri dan ummi semampu mungkin. Mana yang aku tak mampu buat tu, aku abaikan seketika..Bila ada kudrat, aku laksanakan semula..Maklumlah,nak jadi "Ummi yang Waja" la kata kaan,kenelah kuat..kehkeh..Prinsip aku nih..:)
My Hero
Alhamdulillah di sepanjang tempoh kehamilan aku banyak dibantu oleh seorang insan yang takkan dapat aku balas jasanya..My mother in law...luv u mak..Suami juga tak kurang hebatnya dalam melayani kerenah 'mak buyung' yang kian hari kian slow dari segala hal..jalan slow..lipat baju slow,simpan baju dalam lemari pun slow(yang ni encik suami selalu tolong.AHAHA...tq abang...) Pagi tu bila sampai rumah dalam keadaan termengah-mengah(lepas hantar Kak Long), seperti biasa aku rehat jap..Lepas tu mak start nak kemas-kemas bilik belakang coz nanti besannya nak datang(mak abah aku). Takkan aku nak duduk je kan, so aku pun turut lah bersama-sama bantu tukarkan langsir tapi mak yang panjat kerusi,aku duk tolong hulur paku dan langsir je, hihi..pastu tolong alihkan katil, nyapu dan bersihkankan kipas..Sebenarnya aku dah rasa semacam(dari malam tadi lagi), tapi aku buat-buat tak tau je coz bisik hati aku, mungkin perasaan je koot..Mmm,pagi tu aku,ke tandas memang kerap sangat-sangat la.Baru je keluar tandas,daah nak masuk tandas balik...Yang mengandung trimester akhir pasti tau kenapa..Bila da berkali-kali masuk tandas,aku perasan ada sedikit darah..Hah sudah!!masanya dah tak lama la tu, hati aku berbisik..berdebar dah..huh...tapi tak bagitau MIL(mak mertua) lagi..masih meneruskan aktiviti sapu sawang dalam bilik..Kemudian ke tandas semula, masih ada darah..kali ni terus bagitau mak.Mak mertua(MIL) aku terkejut terus suruh aku duduk berehat, suruh aku telefon bagitau suami kat sekolah  dan suruh aku solat sunat..Mak pulak yang gelabah..hihi..
Selesai sudah..Alhamdulillah..Time to rest..
Jam 3 petang, suami bawa aku ke klinik di bandar(tempat aku nak lahirkan baby). Buat check up then bagitau la yang aku ada keluar tanda darah..si doktor pun arahkan aku naik atas katil untuk cek bukaan..Uuuppssss...sudah 2cm terbuka..dia suruh aku admit tapi aku bagitau aku nak pusing bandar dulu coz nak beli barang dan makan mak buyung belum makan lagi.Doktor bagi je tapi dia pesan jangan lama sangat dan jangan makan bebanyak..Maka berjalanlah aku bersama sang suami terchenta ke tempat yang kami nak tuju dalam suasana macam hepiiii je..bukan hepi apa sebenarnya,aku ni dalam kondisi macam tak percaya, dah nak bersalin dah aku ni rupanya tapi still nak ke hulu ke hilir..Actually aku tak rasa sakit lagi,pasal tu ble jalan-jalan beli barang....Mmm,bila tengah gelak-gelak,aku cakap kat suami..."ha,sekarang gelak-gelak,malam karang apa laaa nasib aku..."huh,risau sesangat..
Selamat datang sayang..
                                                     
 Jam 6 petang, aku ke klinik semula(tempat aku nak bersalin). Naik ke tingkat atas dan nurse da suruh tukar baju...Pembantu doktor tu datang ke bilik itu lebih kurang jam 7 untuk cek bukaan lagi tapi aku minta izin nak solat maghrib dulu..Seusai solat, bermulah proses memecah kan air ketuban...Dah pecah air ketuban baru lah ada rasa sakit lebih kurang nak pukul 8..Time da sakit ni, selang 15 minit suami suapkan ubat homeopati yang dibekalkan oleh doktor dari semenanjung...sebagai selusuh la konon..kita hanya berusaha, Allah penentu segalanya..aduh, makin kerap sakitnya saat tu...mula-mula aku baring di katil, lepas tu duduk atas katil. Lepas tu aku turun jalan-jalan coz nak bagi baby cepat turun..Pastu aku duk atas kerusi pulak...huh, macam-macam..

Jam 8 lebih: Bidan dah kerap masuk temankan aku..Aku dinasihatkan baring then dia suntik ubat..Apa ntah nama ubat tu..Tujuan nak bagi aku mengantuk dan kurang rasa sakit..Lepas suntik,sakit masih terasa pastu memang mengantuk..Duduk atas katil, tersengguk-sengguk mengantuk sambil usap perut. Mulut ni tak lepas dari kalimah Allahuakbar kerana takjub(besar sungguh kuasa Allah kerana wujudnya rasa sakit yang teramat itu) dan doa moga Allah permudah dan dipercapatkan proses ini. Hati aku merayu-rayu mohon Allah cepatkan proses melahirkan ini. Nak bagitau,rasa mengantuk penangan ubat tadi tak boleh atasi rasa sakit tu..sakit tetap sakit..Hanya Allah yang tahu...Cek bukaan lagi, dah 8cm dan hampir full kata bidan(pembantu doktor) tu..

 Jam 9.30 malam, jalan kaki masuk labour room...Jeng jeng jeng....aku akan bertempur!!!bertarung dengan kesakitan demi melahirkan satu nyawa ke dunia ini..InsyaAllah,aku dah ready..dalam kepala otak aku..Allah Allah Allah,itu je yang aku ingat...moga DIA mudahkan urusan aku...
Hah, ni eksklusif ni...sesudah bertarung, membaca doa selepas melahirkan anak dan mengucup dahinya.. Subhanallah,TQ Allah..

Alhamdulillah, 9.50 malam....aku selamat melahirkan bayi lelaki. Seluruh tenaga aku gunakan untuk proses melahirkan itu, luluh tak berdaya benar rasa diri ini. Nak berkata-kata pun rasa tak mampu..bila baby diberi padaku untuk aku dakap, aku terlupa akan sesuatu, lalu bertanya kepada suami "abang, macam mana doa selepas melahirkan anak..?" Aku lupa!!!!astagfirullahal 'azim!! Aku nak baca tapi tak tahu kenapa lupa intro doa tu..Lepas abang baca, barulah aku ingat then terus baca, tiup dekat anak dan cium dahi dia..Alhamdulillah, sangat-sangat syukur aku panjatkan..Kepada suamiku, terima kasih abang..i luv u sooo much..ini hadiah terbesar yang ketiga untuk abang.
 
Sentiasa di sisi..TQ sayang..

Time suami azan pada panglima aku ni,rasa sayu je.. Bayi lelaki seberat 3.95kg? aku sendiri tak percaya. Dulu kalau kawan-kawan lahirkan anak lebih 3.4kg dan ke atas je, aku dah rasa takut dan sungguh takjub tapi lani aku 3.95...????ini semua KUASA ALLAH SWT...Terasa sungguh keajaiban dan kekuasaan Nya... Bersyukur tak terkira time tu, aku berbisik lemah pada suami "boleh tak abang tolong buat sujud syukur untuk orang?bagi pihak aku, eh boleh ke?? Ntahla, waktu tu nak sangat-sangat aku sujud syukur tapi mana mungkin aku dapat lakukannya..Mmm, permintaan aku itu disambut baik oleh abang..ababng kata "boleh je", lega rasanya..Bergantung penuh dengan Allah, nikmat sungguh rasanya..

Dokter suruh rest dalam bilik bersalin tu 2 jam sebelum di benarkan masuk dalam bilik rehat..Waktu rehat tu aku berjanji pada diri kerana Allah akan satu perkara. Tapi idaklah aku bernazar..cuma sebagai tanda syukur. Harap ianya tertunai...

Syukuur, Alhamdulillah...Terima kasih Allah di atas nikmat yang KAU kurniakan buat hambaMU yang ternyata lemah lagi kerdil ini..

Duhai anak,
jadilah di kau anak yang soleh,
Penyejuk hati dan jiwa pada ayahbonda.

Duhai anak,
Pasakkan di jiwamu Iman dan Taqwa,
Teguh utuh tiada goyah,
Bukti kehambaan pada NYA yang Esa.

Duhai anak,
Berhati-hati dengan fitnah dunia,
Yang mengancam diri melalai jiwa,
Isikan akalmu dengan ilmu berguna,
Agar kau tak mudah tersungkur terpeday...

Duhai anak,
Tuntutlah ilmu milik Tuhanmu,
Dengan semangat tanpa jemu,
Awasi setiap akhlakmu,
Kerna ia mencermin peribadimu..

Salam sayang buat anak-anak ummi...
Nasuha 'Irdhina
Uwais Al-Qarni
'Urwah Az-Zubair

Moga kalian menjadi insan yang bermanfaat buat agama,bangsa dan negara kelak. Di doakan moha Allah merahmati seluruh kehidupan kalian di dunia juga akhirat..


Ikhlas dari...
Ummi




 Alhamdulillah, setakat ini je...Kalau sudi,sila tinggalkan komen anda k..Terima kasih^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan