Selasa, 6 Disember 2011

Kelas Mengaji

Jumaat 2 Disember, kelas mengaji bsambung semula..Alhamdulillah..Kelainan pada kelas hari ini ialah:

* Aku agak tegas n tidak spt kelas sblm2 ni,mmmm^,^mungkin
* Siapa xlancar bacaan, pliz ulang bacaan smula
* Tajwid disoal

Mohon maaf pd pd anak2 muridku andai tiap tutur kata yg keluar pd hr tsebut agak panas di telinga, renyuk di jiwa. Ustazah tpaksa btegas hr itu kerana kalian ustazah lihat makin lama makin mjadi lupa pd apa yg telah diajar berikutan tidak seriusnya diri kalian dalam menuntut ilmu...

Ustazah rs kan kadang kala nasihat, teguran n ilmu yg dberi bagai lalu di cuping telinga kalian sahaja. Manakan tidaknya,perkara asas dalam ilmu tajwid pun kalian lupa walaupun telah diulang2 pd kelas2 sblm ini. Sungguh sedih..^,^

Serius benar kucing ini menatap buku
Jadi,andainya tutur kata ustazah tempoh hari menyakitkan kalian,ustazah mohon maaf. Hidup hari2 tanpa hujan, xseronok rs nya..Sekali sekala mahu juga kdengaran guruh bdentum kilat mnyabung...Begitulah dalam kelas mengaji kita..

Ingat duhai anak didikku, kalian adalah antara yg Allah pilih utk mdalami ilmu Al-Quran. Tidak mengapalah andai ianya sedikit cuma. Yang sedikit inilah yang amat bmakna buat kalian suatu masa nanti..Amalan menuntut ilmu serta ilmu yg dimanfaatkan inilah menjadi peneman kalian tatkala kalian dahagakan amalan kalian sendiri suatu masa nanti.....

Inilah antara tanda kita ini muslim. Pandai solat, mengaji dan juga beramal soleh...Beruntunglah kalian kerana saat teman2 kalian sibuk dengan urusan dunia, GB@BF, FB dan kawan2, kalian sibuk dengan urusan menuntut ilmu kerana Allah SWT. Sangat2 beruntung n jangan sesekali kalian sesalkan..Ustazah yakin,jika kalian lebih fokus dan serius, InsyaAllah kejayaan milik kalian..

Maafkan ustazah k..

Harap kalian ambil iktibar, biar kita menangis sekarang drpd menangis dikemudian hari..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan