Khamis, 26 Ogos 2010

25 Ogos 2010::UlangTahun Perkahwinan::

Genaplah sudah 3 tahun aku bergelar isteri kepada seorang suami juga ummi kepada 2 orang cahaya mata..Alhamdulillah, syukur dengan kesempatan yang Allah kurniakan ini...Akanku hiasi mahligai ini dengan bunga-bunga kasih sayang jua ilmu di dalamnya agar penghuni-penghuni mahligai tenteram juga bahagia sepanjang pjalanan menuju ke gerbang ukhrawi itu..
Akanku korbankan diri ini umpama lilin agar menjadi pelita dihati sang suami juga si comel-comelku itu..menerangi hari-hari agar tidak suram dan kusam..Doaku saban hari agar diri ini senantiasa dikurniai ILMU jua KEFAHAMAN mendalam dalam mendidik anak-anak apatah lagi dalam menjadi suri dihati sang suami..Moga anak-anakku menjadi insan berguna, penyejuk di mata penenang dijiwaku juga menjadi pemudah urusanku dunia akhirat..Buat suamiku sayang,terima kasih atas kasih sayangmu yang tidak berbelah bagi, perhatianmu yang berpanjangan juga pengorbananmu yang tak terhingga dalam memastikan keluarga ini bahagia, ceria, aman dan sentosa..Maafkan salah silap diri ini yang dhaif disepanjang menjadi suri hatimu..terasa ingin kumenjadi sayap kanan mu agar mudah kau terbang ke sana ke mari..akan ku sokong setiap langkahmu dalam meniti tugas jua bebananmu di dunia ini agar..aku memperoleh REDHA mu menuju ke REDHA ILAHI..

Moga kita dipertemukan dalam firdausi..ummi sayang dan kasihkan abi..nasuha juga uwais...luv u all soooo much..jiddan....

salam sayang~~~ummi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan