Khamis, 10 November 2011

Permohonan Perpindahan Anda Lulus atau Tidak???

Allahuakbar..lamanya aku xpost sebarang entry dsini..rindu rasanya...Apa yg ingin dceritakan kali ini ye?? Mmm, rasanya ingin aku ceritakan tentang Permohonan Perpindahan oleh guru2(sahabat2ku yang bgelar guru)tak kira di mana shj mereka berada..
Ucapan TAHNIAH buat yang berjaya n yang tidak berjaya, usahla bmuram durja ye..Ada hikmah disebaliknya..Sungguhpun begitu, RAYUAN mungkin masih boleh diusahakan sebagai ikhtiar terakhir..Don't be sad k..Andai gagal juga????Terimalah dengan tabah kerana keputusan ini Allah SWT yg telah tentukan buat kalian..khidmat kalian masih diperlukan lagi di tempat yg sama ini..Kadangkala kita rasa ini bukanlah yang terbaik buat diri kita namun pemilik diri kita yang HAQ lebih mengetahui apa yang sangat terbaik buat kita..Justeru itu, redha adalah jalan terbaik buat kita...
Tak kira dimana kita berada, bakti menabur jasa harus kita teruskan..bukan semata2 kerana beban kerjaya tetapi anggaplah ini adalah tugas yang telah diamanahkan oleh Allah SWTdimana tiap titik peluh dalam perjuangan mendidik ini akan disoal oleh Allah kelak ..Selama ini mungkin ada diantara kita menganggap "kerja" adalah sebagai periuk nasi semata2 namun kerjaya akan dirasa lebih manis andai kita kuatkan,padukan andai ianya adalah kerana Allah...Teruskan perjuangan sahabat2ku yang bgelar GURU!!Doaku buat mereka yang bgelar GURU,agar kalian sentiasa dibantu Allah dalam melaksanakan tanggungjawab serta dpermudahkan segala urusan kalian..Teruskan langkah dalam mendidik jiwa2 insan yang kian parah dan tandus dengan ilmu-ilmu Allah..anak2 ini dahagakan pedoman....Anak2 ini,anak2 kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan