Rabu, 15 Februari 2012

Nak Tahu Kenapa???

Apa pasal kita baca sir (senyap)bila solat siang dan baca kuat pada surah Al-Fatihah dan ayat lazim pada rakaat pertama dan kedua di solat malam hari (maghrib, isyak dan subuh)??

Jawab:

Solat Subuh, Maghrib dan Isya' dinamakan juga sebagai solat Jahriah (solat dengan suara kuat), manakala solat Zuhr dan Asar di namakan solat Sirriah (solat suara perlahan).

Pada permulaan Islam umat Islam dalam keadaan lemah dan sedikit bilangan mereka. Mereka solat dengan ketakutan dan bersembunyi dari intipan orang-orang Musyrikin Quraisy.

Rahsia solat jahriah:
Semasa solat Subuh, orang Kafir sedang tidur nyenyak, maka orang Islam dapat solat dengan suara yang kuat. Semasa solat Maghrib dan Isya', orang kafir sedang sibuk dengan hiburan (minum arak dan berjudi), lalu para sahabat solat juga dengan suara keras.

Rahsia solat Sirriyah:                          
Solat Zuhr dan Asar adalah waktu siang dan orang kafir berada di mana-mana mengintip mereka, lalu mereka solat dengan perlahan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan